mattzzx Publish time 25-12-2023 10:51 AM

Michael Buble meraung anak hidap kanser hati

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/12/WhatsApp-Image-2023-12-24-at-16.30.37-2.jpeg
MICHAEL BUBLE

HANCUR perasaan penyanyi Michael Buble apabila anak lelakinya, Noah yang kini berusia 10 tahun disahkan menghidap kanser hati.

Sebagai bapa, Buble, 48, berasa sangat sedih sehingga merasakan dunianya menjadi gelap seketika apabila dimaklumkan doktor mengenai penyakit putera kesayanganya itu baru-baru ini.

“Doktor memberitahu Noah menghidap kanser hati. Ketika itu saya rasa dunia gelap seketika,” katanya ketika ditemu bual majalah, US Magazine.

Lebih membuatkan pelantun lagu Feeling Good itu sayu apabila anaknya tidak lagi ceria seperti dahulu selepas disahkan menghidap penyakit itu.

    “Anak saya sentiasa berada dalam ketakutan dan tidak lagi ceria seperti sebelum ini. Kehidupannya yang indah seolah-olah telah diragut,” ujar Buble.

Atas faktor kesihatan anaknya itu juga, Buble dilihat turut mengubah kehidupannya apabila dia kini lebih mengutamakan keluarga berbanding kerjaya.
https://www.kosmo.com.my/2023/12/25/michael-buble-meraung-anak-hidap-kanser-hati/
Pages: [1]
View full version: Michael Buble meraung anak hidap kanser hati


ADVERTISEMENT