mattzzx Publish time 24-12-2023 04:44 PM

Suami isteri 'lalok' syabu

https://assets.bharian.com.my/images/articles/lakibini_1703404981.jpg
Lelaki buruan polis (kanan) dan isteri (kiri) ditahan polis dalam sekatan jalan raya di Jalan Muar-Yong Peng di Sri Medan, Batu Pahat. - NSTP/Alias Abd Rani

BATU PAHAT: Lelaki buruan polis dan isterinya yang ditahan di Jalan Muar-Yong Peng, dekat Sri Medan, di sini didapati positif methamphetamin atau syabu hasil ujian saringan air kencing dibuat ke atas mereka.

Pasangan itu yang menaiki sebuah kereta pada mulanya ditahan pada sekatan jalan raya semalam sebelum polis menemui ganja dan syabu dalam beg sandang dibawa lelaki berusia 27 tahun berkenaan.

Suspek pertama yang dikehendaki polis berkaitan kes dadah mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, kemudian cuba melarikan diri bersama isterinya berusia 29 tahun.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata sebelum kejadian, polis melihat sebuah kereta dinaiki seorang lelaki dan wanita dalam keadaan mencurigakan lalu diarah berhenti.



Ketika anggota Unit Polis Peronda Lebuhraya (HMPV), Bahagian Siasatan dan Penguatkuaan Trafik Daerah (BSPTD) mahu menjalankan pemeriksaan, kedua-dua suspek keluar dari kenderaan dan cuba melarikan diri.

"Anggota HMPV terpaksa meminta bantuan Balai Polis Sri Medan sebelum kedua-dua suspek berjaya ditahan. Hasil pemeriksaan terhadap suspek lelaki menjumpai satu peket plastik lutsinar berisi ganja dan juga syabu dalam beg sandang dibawanya.

"Semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau dan dikehendaki polis atas kesalahan dadah. Kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Kata Ismail, pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 6, Seksyen 15 (1) (a) dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kini direman untuk membantu siasatan.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2023/12/1192427/suami-isteri-lalok-syabu
Pages: [1]
View full version: Suami isteri 'lalok' syabu


ADVERTISEMENT