mattzzx Publish time 24-12-2023 03:23 PM

3 remaja subahat kes culik budak direman tiga hari lagi

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/12/WhatsApp-Image-2023-12-24-at-1.37.55-PM.jpeg
TIGA suspek kes culik seorang kanak-kanak disambung reman selama tiga hari di Mahkamah Johor Bahru hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Tiga lelaki tempatan yang ditahan kerana dipercayai bersubahat menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun disambung tiga hari lagi sehingga Rabu ini.

Perintah reman berkuat kuasa hari ini itu dibenarkan oleh Majistret R.Salini selepas mendengar permohonan daripada pihak polis di Mahkamah Majistret, di sini.

Sebelum ini, dua remaja berusia 15, 17 dan 18 tahun itu direman empat hari bermula 21 Disember dan berakhir hari ini, bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan iaitu cubaan culik.

Ketiga-tiga individu tersebut ditahan di Pontian pada 20 Disember lalu selepas dipercayai bersubahat menculik seorang kanak-kanak di bandar raya ini pada 12 Disember lalu.

Terdahulu, Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dilaporkan berkata, ketiga-tiga suspek itu ditahan di Pontian kira-kira pukul 5.40 petang.

Katanya, beliau memaklumkan telah menahan suspek utama penculikan tersebut yang merupakan seorang mekanik kenderaan berusia 41 tahun.

Tambahnya, lelaki tersebut yang merancang mahu melakukan pemerasan wang sebanyak RM300,000 telah dituduh pada 19 Disember lalu.

“Cubaan menculik itu bagaimanapun gagal apabila bapa mangsa, seorang warga China yang mempunyai taraf penduduk tetap Singapura berjaya menghalang perkara tersebut.

“Bapa mangsa bagaimanapun mengalami kecederaan parah khususnya di bahagian muka akibat insiden itu,” katanya.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12/24/3-remaja-subahat-kes-culik-budak-direman-tiga-hari-lagi/
Pages: [1]
View full version: 3 remaja subahat kes culik budak direman tiga hari lagi


ADVERTISEMENT