mattzzx Publish time 24-12-2023 03:05 PM

Duda didenda RM1,700 mengaku rempuh sekatan jalan raya

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/nariqa1_1703396332.jpg
MOHAMAD Bariq dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Batu Pahat selepas didena kerana menghalang penjawat awam. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Seorang duda didenda RM1,700 selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menghalang penjawat awam dengan merempuh sekatan jalan raya, minggu lalu.

Mohamad Bariq Kamsan, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Nur Asidah A Rahman.

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tujuh bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menghalang Koperal Shaiful Ezeham Hamid daripada menjalankan tugas ketika mengadakan sekatan jalan raya di Batu 7, Jalan Besar Tongkang Pechah, di sini, pada jam 10 malam, 18 Disember lalu.



Dia yang bekerja kampung didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid manakala tertuduh diwakili Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mengikut fakta kes, tertuduh berseorangan ketika itu memandu sebuah kereta, melalui sekatan jalan raya di Tongkang Pechah.

Sebaik tiba di lokasi, tertuduh tidak mengendahkan arahan pihak polis supaya berhenti sebelum bertindak memecut melarikan diri.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/12/1043786/duda-didenda-rm1700-mengaku-rempuh-sekatan-jalan-raya
Pages: [1]
View full version: Duda didenda RM1,700 mengaku rempuh sekatan jalan raya


ADVERTISEMENT