mattzzx Publish time 24-12-2023 01:24 PM

PPS pertama dibuka di Negeri Sembilan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/PPSNILAII1_1703386618.jpg
SEBUAH PPS dibuka di SK SungaiMachang susulan kejadian banjir kilat yang berlaku di tiga buah kampung di Lenggeng, malam tadi.-FOTO APM Negeri Sembilan

Nilai: Pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Machang, Lenggeng, di sini, selepas kediaman penduduk di tiga kampung dilanda banjir kilat malam tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Seremban dalam kenyataan memaklumkan, PPS yang dibuka pada 1.30 pagi tadi itu menempatkan seramai 68 mangsa daripada 16 keluarga.

Kenyataan itu memaklumkan, ia menempatkan mangsa dari Kampung Chelogeh, Batu 18 dan Sungai Jai.

Katanya, mangsa yang dipindahkan termasuk empat warga emas, 18 kanak-kanak dan seorang bayi lelaki.



"Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Seremban menerima panggilan orang awam kira-kira 8.20 malam tadi mengenai kejadian banjir kilat di Kampung Chelogeh.

"Anggota APM digerakkan ke lokasi kejadian untuk membuat pemantauan. Trend air sungai menunjukkan penurunan namun keadaan masih deras," kata kenyataan itu.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian malam tadi yang turut dibantu beberapa agensi lain.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/12/1043713/pps-pertama-dibuka-di-negeri-sembilan
Pages: [1]
View full version: PPS pertama dibuka di Negeri Sembilan


ADVERTISEMENT