Tottenham calar rekod empat kemenangan Everton
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/413928661_903878661092328_1451465654549034722_n_1703378419.jpgSON Heung-min meraikan gol kedua bersama Richarlison. FOTO FB Hotspur
London: Tottenham Hotspur mengakhiri kalender 2023 dengan kembali dalam kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas berjaya menundukkan Everton 2-1.
Everton yang menang empat aksi liga berturut-turut dan tidak dibolosi bagaimanapun terpaksa akur tumbang dalam aksi itu yang menyaksikan Hotspur cukup ampuh di halaman sendiri.
Bekas penyerang Everton, Richarlison meletakkan skuad The Lilywhites di depan seawal minit ke sembilan sebelum pemain Korea Selatan, Son Heung-min menggandakan kelebihan sembilan minit kemudian.
Biarpun Everton beraksi cukup bertenaga namun ketumpulan di jentera serangan mengecewakan mereka berbanding Hotspur yang begitu klinikal di depan gawang.
Andre Gomes cuba menyemarakkan api kebangkitan menerusi golnya pada minit 82 tetapi ia masih tidak cukup menghalang kemenangan tuan rumah yang mendapat sokongan ribuan penyokong setia Hotspur itu.
Kejayaan anak buah Angelos Postecoglou meraih tiga mata penuh itu hanya ketinggalan empat mata di belakang pendahulu EPL Arsenal yang diikat Liverpool untuk kekal di puncak liga.
Malah kemenangan itu juga menyaksikan Hotspur menolak juara bertahan, Manchester City ke tangga kelima selepas pasukan itu tidak beraksi,
City baharu saja dinobatkan juara Piala Dunia Kelab selepas menumbangkan Fluminense 4-0 di Jeddah kelmarin.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2023/12/1043691/tottenham-calar-rekod-empat-kemenangan-everton
Pages:
[1]