Klopp 'naik angin' VAR nafikan penalti
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/klopp3_1703380904.jpgJURGEN Klopp pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal di Anfield, Liverpool awal pagi tadi. FOTO Reuters
Liverpool: Keputusan VAR yang menafikan sepakan penalti kepada Liverpool nyata mengundang kemarahan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp yang menyaksikan pasukannya serikat 1-1 dengan Arsenal di Anfield awal pagi tadi.
Kemarahan Klopp itu susulan bola yang terkena tangan pemain tengah Arsenal, Martin Odegaard di dalam kotak penalti namun VAR dan pengadil tidak menghadiahkan sepakan penalti buat The Reds.
"Ya, saya sudah melihatnya. Saya agak pasti seseorang akan hadir menjelaskan kepada saya kenapa ia bukannya 'handball' tetapi saya tidak tahu bagaimana?" katanya.
"Bagaimana seseorang di dalam pejabat (VAR) menyaksikannya dan tidak membuat kesimpulan pengadil berhak menyemak insiden itu semula?".
Jurulatih yang berasal dari Jerman itu turut membidas terjahan keras Bukayo Saka terhadap pemainnya, Kostas Tsimikas hingga menyebabkan tulang selangka patah dan perlu berehat panjang.
Ia satu tamparan buat Liverpool, yang sudah kehilangan pertahanan kiri pilihan utama Andrew Robertson kerana kecederaan bahu.
"Ia dibayangi dengan isu tulang selangka Kostas Tsimikas, pastinya patah, jadi dia akan diketepikan dalam tempoh yang lama," kata Klopp.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2023/12/1043701/klopp-naik-angin-var-nafikan-penalti
Pages:
[1]