mattzzx Publish time 24-12-2023 11:58 AM

Welch wanita pertama adili aksi EPL

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/wanita_1703385169.jpg
REBECCA Welch mengadili aksi EPL antara Fulham dan Burnley. FOTO Reuters

London: Liga Perdana Inggeris (EPL) melakar sejarah apabila Rebecca Welch muncul wanita pertama mengadili perlawanan liga utama di negara antara Burnley ke atas Fulham di Craven Cottage malam tadi.

Welch, 40, yang sebelum ini bekerja dengan perkhidmatan kesihatan turut melayangkan kad kuning pertamanya dalam penampilan sulung di EPL yang menyaksikan Burnley menang 2-0.

Wanita yang berasal dari Washington di timur laut England dilihat cukup tegas untuk mengeluarkan kad kuning kepada Calvin Bassey selepas pertahanan Fulham itu enggan berjalan ke arahnya apabila diarahkan sebanyak tiga kali.

Ia susulan terjahan keras Bassey ke atas Josh Brownhill di mana Welch tiada pilihan dengan memberi kad kuning.



Untuk rekod, dia memulakan karier pengadilan pada tahun 2010 sebelum kariernya terus berkembang dan pada tahun 2021 apabila muncul wanita pertama mengadili aksi Liga Bolasepak Inggeris (EFL).

Welch turut menjadi pegawai perlawanan wanita pertama mengadili aksi dalam Liga Kejuaraan dan pusingan ketiga Piala FA Inggeris.

Bulan lalu, Welch muncul wanita pertama bertindak sebagai pegawai perlawanan keempat pada aksi EPL membabitkan Fulham dan Manchester United.

Welch turut mengadili beberapa perlawanan berprofil tinggi wanita, termasuk aksi pada Piala Dunia Wanita 2023 di Australia dan New Zealand.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2023/12/1043709/welch-wanita-pertama-adili-aksi-epl
Pages: [1]
View full version: Welch wanita pertama adili aksi EPL


ADVERTISEMENT