Pengurus EPL mengeluh jadual padat menjelang Krismas
Pengurus EPL mengeluh jadual padat menjelang Krismashttps://assets.hmetro.com.my/images/articles/wolves_1703339115.jpg
WOLVERHAMPTON antara pasukan yang berdepan jadual padang menjelang Krismas. FOTO AFP
London: Pengurus Wolverhampton Wanderers, Gary O'Neil menyertai senarai panjang pengurus Liga Perdana Inggeris (EPL) mengadu mengenai jadual yang padat.
Wolverhampton sendiri akan beraksi tiga perlawanan dalam tempoh enam hari termasuk perlawanan pada malam Krismas yang jarang berlaku.
Walaupun kebanyakan liga Eropah sedang berehat sepanjang akhir akhir tahun, Wolves bersiap sedia untuk minggu yang sangat sibuk.
"Kebanyakan pasukan mempunyai lapan hari untuk bermain tiga perlawanan dan perlawanan kami dipendekkan kepada enam hari," kata O'Neil kepada pemberita, hari ini.
"Kami masih mempunyai beberapa masalah kecederaan dengan skuad yang tidak terlalu besar, jadi cuba melakukan perancangan terbaik dan siapa yang mungkin akan bermain," katanya lagi.
Selepas melayan kunjungan Chelsea, Wolves yang menduduki tempat ke-13 akan berkunjung ke Brentford dan kemudian menanti kehadiran Everton, semuanya sebelum berakhir tahun ini.
"Kami akan lihat di mana kedudukan kami dengan pemain mengalami keletihan dan kecederaan," kata O'Neil.
Liga Perdana berkata tidak akan ada perlawanan malam Krismas musim depan apabila mereka mengumumkan tarikh perlawanan musim 2024-25.
Tetapi jadual yang padat dan kesannya terhadap kebajikan pemain adalah perkara yang amat dibimbangi bagi pengurus seperti Jurgen Klopp dari Liverpool.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2023/12/1043613/pengurus-epl-mengeluh-jadual-padat-menjelang-krismas
Pages:
[1]