mattzzx Publish time 23-12-2023 05:55 PM

BMW i4 eDrive35 M Sport 2023 di Malaysia


https://paultan.org/image/2023/12/2023_BMW_i4_eDrive35_M_Sport_Malaysia_Ext-1-BM-630x420.jpg

BMW i4 eDrive35 2023 telah pun tiba di pasaran Malaysia sejak Ogos yang lalu. Kini kami membawakan pula galeri foto untuk salah satu daripada variannya iaitu BMW i4 eDrive35 M Sport. Selain itu, ia juga menawarkan varian biasa iaitu eDrive35. Buat masa ini, barisan i4 kini telah pun memiliki empat varian termasuklah eDrive40 M Sport dan M50.

Untuk varian edrive35 ini, ia menggunakan motor elektrik yang terletak di belakang, dengan hamburan kuasa sekitar 286 PS (282 hp atau 210 kW) dan tork 400 Nm, berkurangan berbanding 340 PS (335 hp atau 250 kW) dan 430 Nm yang ditawarkan oleh eDrive40. Pecutan 0-100 km/j boleh dilakukan oleh eDrive35 dalam masa enam saat, manakala laju maksimum pula adalah 190 km/j.

Motor elektrik pada eDrive35 ini juga mendapat kuasa daripada bateri lithium ion, tetapi dengan kapasiti lebih rendah, iaitu 70.3 kWh dan boleh mencapai jarak gerak 483 km. Sebagai perbandingan, bateri eDrive40 pula berkapasiti 83.9 kWh dan boleh mencatat jarak gerak 590 km.


https://paultan.org/image/2023/12/2023_BMW_i4_eDrive35_M_Sport_Malaysia_Ext-3-BM-630x420.jpg

Pengecas AC 11 kW (Type 2) yang datang dengan kereta ini adalah sama dengan eDrive40, dan membolehkan ia dicas penuh dalam masa 8.25 jam. Apabila menggunakan pengecas pantas DC CCS2 pula, eDrive35 hanya boleh menerima kuasa sehingga 180 kW dan baterinya boleh naik dari 10-80% dalam masa 32 minit.

Kelengkapan standard bagi i4 eDrive35 M Sport termasuklah lampu utama LED, suspensi pasif standard, kawalan suhu tiga-zon, roda stereng balutan kulit M, anthracite M headliner, kemasan dalaman aluminium ‘Rhombicle’ anthracite M, tempat duduk hadapan larasan kuasa dengan fungsi memori untuk bahagian pemandu, pencahayaan ambien, pengecas tanpa wayar, pintu but bukaan kuasa, IconicSounds Electric dan Comfort Access.

Model eDrive35 M Sport turut diberikan bampar yang lebih agresif, serlahan luaran Frozen Grey, pakej luaran M high-gloss Shadowline dan roda aloi M Aerodynamic style 858 M 18-inci. Sebagai tambahan untuk ciri yang lebih eksklusif, ia juga ditampilkan dengan sistem BMW Live Cockpit Professional yang merangkumi kluster instrumen digital 12.3-inci, skrin sesentuh sentral 14.9-inci dan paparan utama.


https://paultan.org/image/2023/12/2023_BMW_i4_eDrive35_M_Sport_Malaysia_Int-2-BM-630x420.jpg

Kedua-dua model eDrive35 turut diberikan ciri standard bagi pakej Bantuan Pemanduan termasuk Kawalan Kelajuan Aktif dengan fungsi stop & go, Amaran Ketibaan Lorong dengan Kembali ke Lorong, Amaran Menukar Lorong, Amaran Pelanggaran Hadapan dengan Bantuan Brek (AEB), Amaran Trafik Lintasan Brlakang, Pengelak Pelanggaran Belakang dan Info Pengehad Kelajuan. Selain itu, ia juga didatangkan dengan pakej Bantuan Parkir, kamera undur, Kawalan Jarak Parkir Aktif dan Bantuan Mengundur.

Warna yang ditawarkan untuk i4 eDrive35 adalah Black Sapphire, Mineral White, Sanremo Green, Skyscraper Grey dan Aventurine Red, sementara eDrive35 M Sport pula ditawarkan dalam dua pilihan iaitu M Portimao Blue dan M Brooklyn Grey. Balutan kulit sintetik Sensatec di dalam pula datang dalam warna hitam, Cognac atau Tacora Red.

eDrive35 M Sport ditawarkan pada harga RM284,210 dengan waranti standard dua-tahun, atau RM299,800 sekiranya anda memilih waranti lanjutan (lima-tahun) dan pakej servus (enam-tahun). Setiap pembelian datang dengan jaminan bateri lapan tahun atau 160,000, kabel pengecas awam, pengecas rumah mudah alih, servis bantuan tepi jalan, BMW Service Online dan BMW Group Loyalty+ Mobile App – BMW Privileges Card.

https://i2.wp.com/paultan.org/image/2023/12/2023-BMW-i4-eDrive35-M-Sport-Malaysian-spec-sheet-1-BM.jpeg?w=311&h=220&ssl=1

https://paultan.org/2023/12/22/bmw-i4-edrive35-m-sport-2023-di-malaysia-286-ps-400-nm-jarak-ev-cecah-483-km-harga-dari-rm284k/
Pages: [1]
View full version: BMW i4 eDrive35 M Sport 2023 di Malaysia


ADVERTISEMENT