mattzzx Publish time 23-12-2023 05:28 PM

Berjaya tamat cabaran solat Subuh berjemaah, 16 kanak-kanak terima hadiah basikal

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/BASIKLA_1703316274.jpg
Kanak-kanak yang menyertai cabaran solat subuh berjemaah 44 hari menerima hadiah basikal. FOTO ABNOR HAMIZAM ABD MANAP

Jempol: Sebanyak 16 basikal diserahkan kepada kanak-kanak yang berjaya menamatkan cabaran solat Subuh berjemaah selama 44 hari anjuran Masjid FELDA Palong 12 dan 13 di sini.

Setiausaha masjid berkenaan, Azmin Mohd Baderi berkata, cabaran berkenaan diadakan dari 1 Oktober hingga 10 November lalu.

Menurutnya, seramai 55 kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun menyertai cabaran itu, namun hanya 16 yang berjaya bertahan hingga 44 hari.

"Hadiah basikal ini sebagai galakkan kepada kanak-kanak dalam usaha untuk membentuk diri mereka supaya lebih dekat kepada institusi masjid dan tidak perlu disalah tafsir pemberian hadiah.


"Kita juga banyak mendapat sokongan daripada penduduk, malah orang ramai dan pihak Baitulmal turut membantu menyediakan hadiah berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Hadiah itu disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Sembilan Mustapha Nagoor.

Azmin berkata, selain daripada k mendidik anak-anak untuk hadir solat Subuh berjemaah program ini menjadi satu permulaan bertambahnya kehadiran dalam kalangan kanak-kanak.

Pada majlis di masjid yang sama turut diadakan program khatan beramai-ramai membabitkan 35 kanak-kanak dari sekitar kawasan berkenaan.

Sementara itu, Muhammad Adam Rizqi Azmin, 9, berkata, dia gembira apabila berjaya menamatkan cabaran berkenaan.

Menurutnya, dia akan tetap ke masjid bagi menunaikan solat Subuh berjemaah bersama bapanya biarpun tanpa sebarang hadiah atau ganjaran selepas ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/12/1043544/berjaya-tamat-cabaran-solat-subuh-berjemaah-16-kanak-kanak-terima-hadiah
Pages: [1]
View full version: Berjaya tamat cabaran solat Subuh berjemaah, 16 kanak-kanak terima hadiah basikal


ADVERTISEMENT