mattzzx Publish time 23-12-2023 01:14 PM

Ducati bakal kehilangan Ciabatti

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/12/DUCATI.jpg
CIABATTI (kanan) menjadi tunjang penting Ducati ketika mereka meraih kejuaraan dunia dua musim berturut-turut sebelum ini pada saingan MotoGP. - AFP

LONDON – Pengarah Sukan Ducati, Paolo Ciabatti bakal melepaskan jawatannya mengendalikan pasukan tersebut di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan selepas ditugaskan untuk mengawal selia program motocross.

Langkah Ciabatti ke program motocross amat penting buat Ducati kerana pasukan Itali tersebut mahu melebarkan sayap mereka dalam perlumbaan lasak motocross di Kejuaraan Dunia MXGP.

Ducati dijangka akan menguji jentera prototaip 450cc mereka dalam pertandingan di Itali sebelum mengambil bahagian dalam Kejuaraan Dunia MXGP pada musim 2025.

Tempat Ciabatti akan diambil alih oleh Mauro Grassilli yang sebelum ini berkhidmat sebagai pengarah sukan, pemasaran dan komunikasi Ducati.

Walaupun Ciabatti ke motocross beliau tetap akan memainkan peranan dalam perlumbaan di MotoAmerica, British Superbikes, All Japan Superbike, Superbike Australia, dan siri CIV di Itali.

Perubahan peranan Ciabatti turut menandakan perubahan besar lain dalam pasukan Ducati bagi tahun 2024 selepas jurutera terbaiknya, Massimo Bartolini dikatakan telah menerima tawaran untuk menjadi pengarah teknikal Yamaha.

Sebagai rekod, Ciabatti,66, yang telah memegang jawatan tersebut sejak 2013 telah menyaksikan pelbagai detik kejayaan termasuk gelaran dunia MotoGP menerusi Casey Stoner pada 2007 dan seterusnya gelaran dunia berturut-turut menerusi Fransesco Bagnaia. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/12/23/ducati-bakal-kehilangan-ciabatti/
Pages: [1]
View full version: Ducati bakal kehilangan Ciabatti


ADVERTISEMENT