Raline Publish time 23-12-2023 10:55 AM

Lima kelab termasuk Chelsea dan Arsenal 'buru' Dedic

Lima kelab termasuk Chelsea dan Arsenal 'buru' Dedic

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/409463217_907200020773328_6797892342958593240_n_1703295165.jpg
AMAR Dedic (kiri jersi putih) bersama Red Bull Salzburg. FOTO Ihsan FB Red Bull Salzburg


London: Chelsea antara pasukan terbaharu yang berminat mendapatkan pemain pertahanan kanan muda kelahiran Bosnia, Amar Dedic sekaligus perlu saingan dengan lima lagi kelab lain yang turut mengidam memancing bintang Red Bull Salzburg itu.

Selain Chelsea, dilaporkan dua kelab dari Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Newcastle dan Arsenal mahu mendapatkan tandatangan pemain berusia 21 tahun itu bagi pada jendela perpindahan pemain bulan depan.

Malah Barcelona, Inter Milan dan As Roma juga cukup berminat dengan Dedic seperti mana yang dilaporkan SunSport sebelum ini.

Chelsea dikatakan sudah lama memantau dan mengikuti rapat perkembangan pemain itu sejak November serta aksi di Kelayakan Euro 2024 di mana Didec adalah tonggak utama negaranya itu.

Pemain muda itu merupakan pemain bek kanan serba boleh yang boleh bermain di bahagian pertahanan, termasuk di bek kiri dan sudah menjadi kapten kelab.

Sebelum ini Roma menerusi pengurusnya, Jose Mourinho membuka tawaran £21.5 juta (RM126.78 juta) namun ia ditolak Red Bull Salzburg.

Dia kemudian terus menjadi pemain penting dalam pasukan hingga membantu skuad kendalian Gerhard Struber itu menduduki tangga teratas Bundesliga Austria sekali lagi.

Dedic mempunyai kontrak panjang bersama Red Bull Salzburg sehingga musim 2027 di mana dia sudah meledak lima gol dan menghasilkan tiga bantuan gol dalam 25 penampilannya musim ini.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2023/12/1043431/lima-kelab-termasuk-chelsea-dan-arsenal-buru-dedic

Pages: [1]
View full version: Lima kelab termasuk Chelsea dan Arsenal 'buru' Dedic


ADVERTISEMENT