sfhzuraz Publish time 22-12-2023 02:13 PM

Mohamed Fauzi Panglima 1 Divisyen baharu

Mohamed Fauzi Panglima 1 Divisyen baharu


Oleh Mohd Roji Kawi - Disember 22, 2023 @ 2:04pm mdroji@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/pangliam_1703225429.jpg
Mohamed Fauzi menerima tugas Panglima 1 Divisyen Infantri daripada Hassan disaksikan Mohd Sofi di Padang Kawad Kem Muara Tuang, Kota Samarahan, hari ini. - Foto PRO I DIV



KOTA SAMARAHAN: Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis dilantik sebagai Panglima 1 Divisyen Infantri, Tentera Darat Malaysia (TDM) bagi menggantikan Mejar Jeneral Datuk Hassan Embong yang bertukar ke Markas TDM.
Mohamed Fauzi, 53, yang berasal dari Kluang, Johor, sebelum ini bertugas sebagai Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Beliau juga pernah menjadi Panglima Briged Ketujuh Infantri Malaysia yang berpangkalan di Kem Mahkota, Kluang.
Upacara serah terima tugas dua pegawai kanan TDM itu disaksikan Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi di Padang Kawad Kem Muara Tuang, di sini, hari ini.
Seramai 27 pegawai dan 492 anggota lain-lain pangkat menyertai acara perbarisan bagi upacara berkenaan diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke-11 Rejimen Askar Melayu Diraja, Leftenan Kolonel Mohd Fuad Nazri.
Yang turut hadir, Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Adnan Hashim; Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Ahmad Norzaini Badrun dan Panglima Briged ke-31 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Kamarulzaman Mohd Yunos.
Sementara itu, Hassan yang menjawat jawatan Panglima 1 Divisyen Infantri sejak 5 September 2022 bertukar ke Markas Tentera Darat apabila dilantik sebagai Inspektor Jeneral Tentera Darat.
Beliau dalam ucapannya berkata, TDM kini berdepan cabaran terutama membabitkan masalah moral dan salah laku pegawai serta anggota.
"Justeru saya ingin mengingatkan diri dan tuan-tuan agar tidak terbabit dalam kegiatan tidak bermoral dan pencemaran disiplin seperti penyalahgunaan dadah, khalwat, terbabit jenayah, buli serta tidak hadir tanpa cuti (THTC).
"Sepanjang tahun ini, saya dapati berlaku peningkatan dalam perkara itu terutamanya membabitkan penyalahgunaan dadah yang membabitkan semua peringkat anggota," katanya.
Justeru katanya, TDM tidak berkompromi dalam isu penyalahgunaan dadah dan tindakan pemberhentian secara keji adalah pengakhiran terhadap perkara itu.
sumber





Pages: [1]
View full version: Mohamed Fauzi Panglima 1 Divisyen baharu


ADVERTISEMENT