Raline Publish time 21-12-2023 10:08 PM

Syarikat perkapalan di Israel diminta urus keluar 4,000 ‘transhipment’ dari Malaysia

Syarikat perkapalan di Israel diminta urus keluar 4,000 ‘transhipment’ dari Malaysia

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/12/Anthony-Loke-ZIM--1140x757.jpeg
Anthony Loke bercakap ketika sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan antara Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dan Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT CORP) di Double Tree by Hilton Putrajaya, hari ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR


PUTRAJAYA – Syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, ZIM perlu mengurus keluar sebanyak 4,000 buah kontena kargo transit (transhipment) yang terkandas di negara ini terutama di Pelabuhan Klang dalam tempoh terdekat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ZIM harus menghubungi syarikat perkapalan lain bagi proses mengurus keluar kontena-kontena berkenaan.

“Yang kita tahu setakat ini ada 4,000 kontena yang masih terkandas di Port Klang khususnya di Westport. Kontena tersebut patut dikeluarkan melalui syarikat perkapalan (ZIM).

“Apabila kita ambil tindakan (sekatan), syarikat perkapalan ini perlu menghubungi syarikat perkapalan lain untuk angkut keluar kontena-kontena ini dalam masa terdekat untuk destinasi seterusnya,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan di antara MRT Corp dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) di sini hari ini.

Semalam, kerajaan memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/12/21/syarikat-perkapalan-di-israel-diminta-urus-keluar-4000-transhipment-dari-malaysia/

Pages: [1]
View full version: Syarikat perkapalan di Israel diminta urus keluar 4,000 ‘transhipment’ dari Malaysia


ADVERTISEMENT