tatod Publish time 21-12-2023 11:12 AM

Cameron Diaz Tidur Bilik Asing Dengan Suami, Bukan Perkara Pelik

Pelakon Cameron Diaz berpendapat adalah normal apabila ada pasangan berkahwin tidur di bilik berasingan dan memiliki rumah sendiri.


Malah Diaz, 51, berkata perkara tersebut perlu dinormalisasikan dalam setiap pasangan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202312/21/111235dfre6rfnhnfnc0vn.png



"Bagi saya, saya perlu mempunyai rumah, anda mempunyai rumah anda. Dan kami (Diaz dan suami) mempunyai rumah bersama di tengah-tengah. Saya akan pergi tidur di bilik saya. Awak pergi tidur dalam bilik awak. Saya okay.


"Dan kami mempunyai bilik tidur bersama di tengah-tengah," kata.


Pelakon The Holiday itu membuat pendedahan semasa penampilan di podcast Lipstick on the Rim oleh Molly Sims dan Emese Gormley pada Selasa.


Tambah Diaz, dia juga telah berbincang bersama suaminya, Benji Madden sejak mula berkahwin lagi iaitu pada 2015 dan mereka sangat terbuka mengenai perkara itu.


"Perkahwinan adalah perkara terbesar yang saya lakukan dalam usia 40-an, dan ia membuka saya dengan cara yang berbeza.


“Ia (bilik dan rumah berasingan) adalah sesuatu yang saya akan lakukan, dan saya tidak tahu sama ada saya akan melakukannya jika saya tidak bertemu suami saya yang sekarang," ujarnya.




Sumber: mStar

Yoonggi Publish time 21-12-2023 12:44 PM

penah tertgk kt reality show Korean this one celebrity, dia main besbol dulu, tido bilik sama tp katil asing2 klu x silap. dlm drama pun ada dipaparkan camni, biasanya org have2 ler yg ada bilik asing2 husband and wife. preference memasing ler kot.

shida81 Publish time 21-12-2023 03:07 PM

Kose... Dah kawen asing bilik..
Org tua2 kt sllu pesan gadoh mcm mn pun jgn asing tido

anony-mous Publish time 22-12-2023 05:33 AM

Dlm islam xboleh kan? Makhruh gitu. Pasti ada sebab kenapa. Slh 1 i boleh fikir, psal ank2. Marriage ni tggungjawab sama2. Kena la lalui susah senang sama2

intan244 Publish time 23-12-2023 06:22 PM

setuju. privacy penting

cm_vungtau Publish time 25-12-2023 06:56 PM

Untung la kaya. Bukan takat bilik asing. Rumah pun asing.

I.K.A888990 Publish time 26-12-2023 10:11 PM

janji depa sama2 faham dan tahu tanggjwb so no hal labenda ni

virgocircus Publish time 30-12-2023 10:15 PM

Rumah byk bilik xde Hal ler ..huhu

ardent91 Publish time 28-3-2024 11:07 PM

pernah g Memorial Tunku Abdul Rahman Putra kat KL.. yg dekat dgan Muzium dan Galeri Bank Negara Malaysia tu.. dekat ctu ada Residensi aka bekas kediaman rasmi Tunku and family.. dekat bilik master bedroom (bilik Tunku dan isteri) ada 2 katil asing... curator memorial tu kata susun atur perabot kat ctu mmg dikekalkan mengikut susun atur yg ori.. kiranya Tunku ngan wife die pown tidur katil lain2 la kot..

gideoncross Publish time 11-4-2024 07:45 PM

Parents iol pun sma, bukannya psl benci mmbenci ke apa tpi mak iol x tahan sejuk dri angin kipas & ekon lol

borrow Publish time 12-4-2024 09:44 AM

klo dgr iv tu, sheols ckp tu idea dulu2. Tp bila bersama Benji ni sheols ubah fikiran.
Pages: [1]
View full version: Cameron Diaz Tidur Bilik Asing Dengan Suami, Bukan Perkara Pelik


ADVERTISEMENT