Raline Publish time 19-12-2023 10:46 PM

Azeem mudah juarai 200m

Azeem mudah juarai 200m

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/AZEEM_FAHMI_1702989153.jpg
AZEEM menamatkan larian acara 200m di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. FOTO Aizuddin Saad


Kuala Lumpur: Pelari pecut kebangsaan, Muhd Azeem Mohd Fahmi mudah memecah rekod acara 200 meter (m) Kejohanan Olahraga Terbuka SAECA-SSBJ Innotex 2023 dengan catatan masa 21.99 saat (s) di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Rekod dicatatkan Azeem itu sekali gus memadam catatan pelari dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Muhd Syahrul Adli pada 2019 dengan catatan 22.17s.

Azeem yang berlari di saringan lima ternyata sukar dicabar pelari lain meskipun dia memperlahankan rentaknya di penghujung larian.

"Sebelum saya ke sini, jurulatih memberitahu supaya tidak terlalu menggunakan sepenuh tenaga kerana dalam transaksi pra musim kerana baru habis 'conditioning'. Saya akan mulakan musim baharu pada Januari.

"Jadi perlu menunggu sehingga masa sesuai dan sebab itu saya perlahankan larian, ini hanya untuk saya dapatkan momentum dan perasaan kejohanan sahaja," kata Azeem ketika ditemui media selepas menamatkan acara berkenaan, hari ini.

Tambahnya, pemegang rekod 100m kebangsaan itu turut teruja dengan sambutan orang ramai terhadap dirinya dan mengakui kejayaan hari ini hasil doa mereka.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/12/1042411/azeem-mudah-juarai-200m

Pages: [1]
View full version: Azeem mudah juarai 200m


ADVERTISEMENT