tari Publish time 19-12-2023 09:47 PM

Imam, jemaah digalakkan ambik dos penggalak

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/12/dos-penggalak.jpeg
Gambar hiasan.


BATU PAHAT – Bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat, imam, bilal dan jemaah disaran untuk mengambil suntikan dos penggalak ketiga.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Johor, Mohd Fared Khalid berkata, ketetapan mendapatkan dos tambahan adalah saranan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan kerajaan negeri mengalu-alukan nasihat itu.
Katanya, tindakan untuk menyekat penularan wabak ini tidak hanya kepada kumpulan tertentu sahaja namun perlu dilakukan oleh semua pihak.“Sebabnya kalau hanya imam dan bilal yang ambil suntikan ini tetapi jemaah tidak, itu yang merisaukan kita,” katanya selepas menyempurnakan penyerahan Projek Skim Perumahan Asnaf, Projek Baiti Jannati Wakalah Zakat Perniagaan JCorp di Kampung Peserai Kecil di sini hari ini.
Menurut Mohd Fared lagi, mereka yang ingin mengambil suntikan perlu mendapatkan nasihat doktor mengenai status kesihatan masing-masing. – KOSMO! ONLINE
sumber
Pages: [1]
View full version: Imam, jemaah digalakkan ambik dos penggalak


ADVERTISEMENT