tari Publish time 19-12-2023 09:40 PM

Arak, mercun bernilai hampir RM500,000 dirampas

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/mercun_1702975100.jpg
RAIZ Mukhliz (tengah) menunjukkan mercun dirampas pada sidang media di IPD Muar, hari ini. FOTO Alias Abd Rani
Muar: Polis menumpaskan sindiket menyeludup arak dan mercun bernilai hampir RM500,000 selepas menyerbu dua premis yang dijadikan stor simpanan dua barangan terbabit di Bakri, di sini pertengahan bulan ini.
Serbuan pada jam 3 petang, 13 Disember lalu selepas polis menerima maklumat berhubung aktiviti penyeludupan arak yang menjadikan sebuah kilang membuat pintu kedai sebagai stor menyimpan barang tidak bercukai itu.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata dalam serbuan itu, pihaknya merampas 451 kotak arak tidak bercukai dengan nilai keseluruhan RM129,888.
Beliau berkata, turut dirampas 200 liter cecair disyaki pati arak yang disembunyikan dalam 13 tong bernilai RM26,000.
"Keseluruhan nilai rampasan arak termasuk cukai dianggarkan sebanyak RM305,000. Dalam kes ini, dua lelaki masing-masing berusia 31 tahun ditahan dan direman 14 hari sehingga 27 Disember ini untuk membantu siasatan.
"Siasatan awal mendapati seorang suspek yang juga pemandu lori ditugaskan mengambil arak terbabit di Pelabuhan Klang, Selangor sebelum dibawa dan disimpan di belakang kilang terbabit," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Deputi Superintendan Mohd Zuhaili Salleh.
Raiz Mukhliz berkata, sehari sebelum itu, polis menyerbu sebuah kilang di Bakri yang dijadikan tempat menyimpan mercun tanpa permit sah.
Katanya, hasil serbuan polis merampas 149 kotak mercun pelbagai jenama dengan nilai keseluruhan RM83,500.
"Siasatan awal mendapati mercun terbabit dipercayai digunakan untuk sambutan Krismas dan Tahun Baharu Cina.
"Bagi kes arak, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 135 (1) (D) Akta Kastam 1967.
"Dalam kes mercun pula, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya," katanya.sumber
Pages: [1]
View full version: Arak, mercun bernilai hampir RM500,000 dirampas


ADVERTISEMENT