tari Publish time 19-12-2023 09:37 PM

Tiga lelaki sesat lebih lapan jam

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/1219rssesat_1702962639.jpg
Tiga lelaki ditemui dalam keadaan letih selepas dipercayai sesat lebih lapan jam dalam kawasan berhampiran Air Terjun Sungai Mas, Tasik Biru, Kangkar Pulai di sini, tengah malam tadi. FOTO JBPM JOHOR
Johor Bahru: Tiga lelaki ditemui dalam keadaan keletihan selepas dipercayai sesat lebih lapan jam di kawasan air terjun Sungai Mas, Tasik Biru, Kangkar Pulai, di sini, awal pagi tadi.


Komander Operasi Fairuz HelmiMohd Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang tersesat pada 3.54 petang semalam.
Menurutnya, sepasukan 18 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai dan BBP Kulai dihantar ke lokasi selain dibantu enam anggota Persatuan Malim Gunung dan enam orang anggota polis.
"Setibanya pasukan di tempat kejadian, dipercayai terdapat tiga mangsa berusia 27 hingga 35 tahun sesat di lokasi dan ditemukan keletihan di lereng bukit pada 12.30 tengah malam tadi.
"Mereka kemudian dibawa keluar dengan selamat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.sumber
Pages: [1]
View full version: Tiga lelaki sesat lebih lapan jam


ADVERTISEMENT