mattzzx Publish time 19-12-2023 04:21 PM

Jamin harga sayur, ikan tidak naik ketika monsun – Exco Johor

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/07/WhatsApp-Image-2023-07-27-at-14.53.06-1.jpeg
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri memberi jaminan bekalan makanan asas seperti sayur-sayuran dan juga hasil laut di negeri ini tidak akan terjejas walaupun terdapat kemungkinan berlaku banjir akibat monsun timur laut.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip berkata, beberapa langkah telah diambil bagi memastikan perkara tersebut tidak berlaku.

Menurut beliau, ini termasuklah memastikan bekalan mencukupi permintaan bagi mengelakkan berlaku peningkatan harga dalam tempoh tersebut.

“Setakat ini kita tidak menerima sebarang aduan terdapat kekurangan bekalan, sama seperti tahun-tahun lalu sebagai persediaan hadapi monsun, inisiatif awal telah diambil bagi memastikan tiada kekurangan bekalan atau kenaikan harga ketara.

“Bagi hasil pertanian, kita telah nasihat petani di mana kawasan pertanian mereka kerap terjejas banjir untuk berpindah ke kawasan selamat, manakala bagi yang tiada tanah, usahakan untuk lakukan sistem fertigasi.

“Sementara bagi bekalan ikan pula, saya sudah lawat pusat pengumpulan ikan di Mersing dan dapati kita mempunyai stok mencukupi sekiranya berlaku banjir akhir tahun ini sehingga Januari depan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi Pensijilan Amalan Pertanian Baik di Hotel Renaissance, di sini malam semalam.

Tambah Zahari, pihaknya yakin usaha awal dilakukan kerajaan negeri beserta agensi-agensi terlibat akan dapat memastikan tiada isu kekurangan bekalan keperluan asas berlaku sekiranya banjir melanda.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan Pejabat Daerah dan Ketua Kampung telah diminta untuk mempersiapkan kemudahan asas di pusat pemindahan sementara (PPS) sebagai persediaan awal menghadapi kemungkinan banjir. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12/19/jamin-harga-sayur-ikan-tidak-naik-ketika-monsun-exco-johor/
Pages: [1]
View full version: Jamin harga sayur, ikan tidak naik ketika monsun – Exco Johor


ADVERTISEMENT