mattzzx Publish time 18-12-2023 12:11 PM

Camila Cabello, Drake kini bercinta?

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/12/drake-camila.jpg
GOSIP cinta Cabello dan Drake tercetus selepas kedua-duanya dilihat bercuti bersama.

PENYANYI terkenal, Camila Cabello dikhabarkan kini menjalin hubungan cinta bersama bintang rap ternama, Drake.

Memetik laporan Entertainment Online, khabar angin tentang hubungan kedua-dua selebriti itu mula diperkatakan selepas mereka dilihat menghabiskan masa bersama-sama ketika bercuti di sebuah pulau peranginan.

Menerusi beberapa keping foto yang tersebar dalam media sosial, Cabello dan Drake kelihatan mesra ketika sama-sama melakukan aktiviti sukan air, jetski.

Bahkan, sesekali, kedua-dua pasangan itu juga dilihat saling bercumbuan seperti pasangan kekasih, sekali gus menguatkan lagi andaian bahawa mereka kini sedang dilamun cinta.

Pada sebelah malamnya pula, bekas kekasih kepada penyanyi Shawn Mendes itu dilihat berada di atas sebuah kapal layar bersama Drake dan menikmati makan malam penuh romantik dengan lelaki itu.

https://www.kosmo.com.my/2023/12/18/camila-cabello-drake-kini-bercinta

keranda.terbang Publish time 29-3-2024 02:37 PM

nnt keluar lagu duet baru

bintangsejuk Publish time 31-3-2024 05:26 PM

Nnti bosan tukar partner plak.
Pages: [1]
View full version: Camila Cabello, Drake kini bercinta?


ADVERTISEMENT