maklukpenggoda Publish time 18-12-2023 08:55 AM

Pas bengang HarakahDaily kena ciplak

Edited by maklukpenggoda at 18-12-2023 09:01 AM



KUALA LUMPUR: “Merujuk keseluruhan isinya, dapat dilihat bahawa portal Harakatdaily HD memang khusus dicipta untuk memfitnah golongan daripada parti PAS atau Perikatan Nasional (PN), lebih-lebih lagi apabila nama, logo dan warnanya juga persis HarakahDaily.”

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata demikian susulan portal dikenali sebagai Harakatdaily HD telah menabur fitnah terbaharu yangmenyasarkan seorang penyanyi tanah air terkenal di era 1980-an, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid, atau lebih mesra dikenali sebagai Dayangku Intan.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata demikian susulan portal dikenali sebagai Harakatdaily HD itu telah menabur fitnah terbaharu yangmenyasarkan seorang penyanyi tanah air terkenal di era 1980-an, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid, atau lebih mesra dikenali sebagai Dayangku Intan.
“Portal tersebut telah mendakwa Dayangku Intan tidak berpuas hati dengan kemenangan Jaclyn Victor dalam sebuah program nyanyian televisyenbaru-baru ini kerana ramai lagi penyanyi Melayu Muslim yang lebih layak.
“Dakwaan ini telah dimuatnaik bersama gambar beliau berlatarkan bendera Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
“Realiti yang berlaku ialah Dayangku Intan langsung tidak menonton rancangan tersebut, apatah lagi membuat kenyataan sedemikian,” jelas Nadzir kepada HarakahDaily.
Menurutnya, Dayangku Intan yang merupakan ahli PAS telah pun membuat penjelasan dalam sebuah video bahawa beliau telah selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 12 Dis lalu.
Dalam video tersebut, Dayangku Intan telah menuntut permohonan maaf daripada admin Harakatdaily HD atas fitnah yang ditaburkan terhadapnya itu.
Bukan portal satiraNamun demikian, kelihatan laman tersebut masih tidak serik dalam menabur fitnah apabila keluar satu dakwaan terkini di laman tersebut yang menyebut bahawa, “Dayangku Intan mahu editor Harakatdaily HD segera insaf dan bertaubat, jangan jadi macam Harakah, lepas fitnah, delete.”
Nadzir berkata, sedangkan yang disebut oleh Dayangku Intan adalah berbunyi: “Sekiranya tidak meminta maaf, beliau akan mengambil langkah seterusnya. Saya takkan berdiam diri. Nama saya, seikhlasnya, juga nama parti saya.”
Tindakan Harakatdaily HD ini, ujar beliau, cukup jelas telah mencipta fitnah untuk memburukkan Dayangku Intan dan parti PAS, di samping usaha untuk terus menyemarakkan api kebencian antara perkauman.
“Hakikatnya, ini bukanlah kali pertama laman media ini dilaporkan atas dakwaan-dakwaan yang keterlaluan, memfitnah dan menyentuh isu agama, bangsa dan perkauman.
“Namun, kerancakannya beroperasi menabur fitnah dan menyemai kebencian rakyat terhadap segelintir pihak, seolah-olah mereka ini kebal dengan sebarang hukuman dan tindakan,” tegasnya.
Dalang di sebalik Harakatdaily HDNadzir turut menegaskan bahawa Harakatdaily HD bukanlah suatu laman media yang menyediakan isi-isi satira seperti yang didakwa portal tersebut.
“Seperti yang disebut oleh Faisal Tehrani, seorang sasterawan tempatan,Faisal Tehrani satira adalah ‘genre atau kerja sastera yang bertujuan untuk mendedahkan penyelewengan dan pemesongan akhlak masyarakat yang dilakukan melalui ironi dan senda gurau yang menikam’.
“Hakikatnya, isi-isinya (kandungan Harakahdaily HD)yang penuh dengan fitnah, dendam dan kebencian telah mencemari makna sebenar satira,” jelasnya.
Justeru, Nadzir berharap, kerajaan yang mentadbir negara pada masa ini tidak memandang sepi pada laman-laman media sebegini yang jelas mengancam keharmonian dan perpaduan antara masyarakat majmuk berasaskan fitnah yang berselindung di sebalik nama ‘satira’.
“Kerajaan Madani seharusnya peka dan tidak memandang sepi terhadap laman-laman media sosial yang boleh mengancam keharmonian dan perpaduan antara masyarakat majmuk yang berasaskan fitnah.
“Pengoperasian Harakatdaily HD perlu dihentikan. Sementara dalang-dalang di sebalik laman media sebegini perlu segera disiasat dan dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya.

https://harakahdaily.net/index.php/2023/12/14/harakatdaily-dicipta-khusus-untuk-fitnah-pas-pn/

airfilterkotor Publish time 18-12-2023 09:14 AM

Memfitnah golongan parti PAS dan PN?

Errr....

laqoyah Publish time 18-12-2023 10:43 AM

{:8_631:}

bakingsoda Publish time 18-12-2023 11:37 AM

"portal media satira" = troll je lobai oii

masnona Publish time 18-12-2023 03:13 PM

Pernah baca harakat daily ni. Lucu jgk.

cmf_almondpecan Publish time 18-12-2023 11:16 PM

Harakatdaily ni dah lama wujud dan dia sejenis satire atau trolling saja

manop Publish time 19-12-2023 06:54 AM

Kena btg idong sendiri menggelabah

{:gif_laughing:}

shernazz Publish time 19-12-2023 07:25 AM

Bila nak bayo hutang?
Ke pas halal?:lol:

takayama Publish time 19-12-2023 10:31 AM

Alahai bila baca yg harakatdaily tu dah taw bukannya harakah punya xyah gelabah tits sgtlah.
Bila Harakah nk byr hutang ke xper xyah byr sbb dah ada dalil :lol:

tripleid Publish time 19-12-2023 10:33 AM

Lebai bodo ni fitnah dgn troll pun tak reti beza??

Harakat Daily ni stakat buat troll jah...tak mcm Harakah hari2 dok sebar fitnah membodohkan walaun

Mary_jane Publish time 19-12-2023 10:49 AM

Haha akaun troll je pun kan? Bila kau memfitnah orang wah semua boleh. #koyakke

laqoyah Publish time 19-12-2023 11:20 AM

lobai sembang dengan cermin kew? ;P

alesandra Publish time 19-12-2023 11:59 AM

Ph pun ada je page troll ni .takde pulak kecoh2bagi free promo

ultra78 Publish time 18-4-2024 11:06 AM

Ini memang kelakar..:lol:

https://www.facebook.com/100077132083964/videos/275753458927693
Pages: [1]
View full version: Pas bengang HarakahDaily kena ciplak


ADVERTISEMENT