mattzzx Publish time 16-12-2023 04:42 PM

18 RAMD bantu mangsa banjir di PPS

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/1216rsramd_1702707981.jpg
Pegawai perubatan dari Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD)(PARA) yang berpangkalan di Kem Sri Pantai Seberang Takir, Kuala Nerus, memberi rawatan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Pengkalan Ajal. FOTO NAZDY HARUN

Kuala Berang: Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD)

yang berpangkalan di Kem Sri Pantai Seberang Takir, Kuala Nerus sedia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam aspek pemantauan kesihatan terhadap mangsa banjir.

Pegawai Pemerintahnya, Leftenan Kolonel Mohd Zaki Jusoh berkata, ia meliputi kawasan tanggungjawab berdasarkan arahan dan juga panduan tentera darat untuk atur gerak operasi murni pada kali ini.

Menurutnya, pihaknya ke pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini dengan membawa pasukan perubatan yang terdiri daripada seorang pegawai perubatan dan lima anggota lain- lain pangkat (LLP).



Katanya, tujuannya adalah bagi melihat dan memeriksa kesihatan mangsa banjir yang berada di PPS.

"Mungkin ada yang demam disebabkan banjir dan juga penyakit bawaan air yang lain termasuk sakit kronik sekiranya ada.

"Kita boleh bantu sedikit sebagai asas sebagai salah satu tanggungjawab di dalam Ops Murni kali ini," katanya ketika ditemui di PPS Pengkalan Ajal di sini, hari ini.

Menurutnya, atur gerak pasukan 18 RAMD secara keseluruhannya di bawah arahan Appointed Military Commander (AMC) 8 Briged kepada tiga kawasan tanggungjawab iaitu Hulu Terengganu, Marang dan Dungun.

Katanya, pihaknya berharap dengan bantuan yang dihulurkan dapat membantu mangsa-mangsa banjir setempat dalam aspek kesihatan ketika musim tengkujuh.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/12/1041319/18-ramd-bantu-mangsa-banjir-di-pps
Pages: [1]
View full version: 18 RAMD bantu mangsa banjir di PPS


ADVERTISEMENT