mattzzx Publish time 16-12-2023 01:06 PM

Unit dron bantu cari warga emas hilang

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/12/warga-emas-hilang-re.jpg
BAHRIN Mohd. Noh (tiga dari kanan) memberikan penerangan kepada pasukan penyelamat berkaitan operasi mencari dan menyelamat seorang Veteran Komando yang dilaporkan hilang pada 14 Disember (kelmarin).




KLUANG: Unit dron dari Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman akan membantu pencarian seorang warga emas yang dilaporkan hilang pada 14 Disember (kelmarin).

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, turut membantu adalah Batalion Lima Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam.

Katanya, pencarian yang sudah memasuki hari kedua iaitu kira-kira 42 jam selepas kejadian turut melibatkan penambahan aset dan anggota.

“Jumlah keanggotaan ditambah daripada 50 kepada 80 orang terdiri daripada Polis Daerah Kluang,Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kluang, Batalion Lima PGA dan Unit Dron Bukit Aman selain Sembilan buah bot.

“Jarak pencarian juga ditambah melibatkan bahagian atas dan hilir tempat kejadian dari Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) sejauh kira-kira 8 kilometer,” katanya dalam sidang akhbar di Kampung Palembang hari ini.

Menurut Bahrin lagi, pencarian juga membabitkan tiga sektor iaitu di bahagian kiri dan kanan tebing sungai, bahagian dasar dan selaman dari Simpang Sungai Melantai hingga ke Jambatan kedua Jalen Paloh.

Sementara itu, anak mangsa, Mohamad Shahfullah Ab. Manan, 29, berharap ayahnya yang juga bekas anggota Gerup Gerak Khas (GGK), Ab. Manan Keri, 73, dapat ditemukan dalam apa juga keadaan pun.

Ujarnya, rasa tidak sedap hati sudah dirasai sejak hari kejadian, namun masih berharap ayah kepada sembilan orang anak itu dapat ditemukan dalam keadaan selamat.

“Sama-sama kita berdoa agar ayah dapat ditemui dalam keadaan selamat dan amat berterima kasih diatas usaha yang dilancarkan oleh pasukan penyelamat,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/12/unit-dron-bantu-cari-warga-emas-hilang/
Pages: [1]
View full version: Unit dron bantu cari warga emas hilang


ADVERTISEMENT