Raline Publish time 15-12-2023 07:54 AM

Tang Jie-Ee Wei hidupkan peluang ke separuh akhir

Tang Jie-Ee Wei hidupkan peluang ke separuh akhir

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/tangjieasia1_1702558891.jpg
TANG Jie (kanan) dan Ee Wei bangkit menewaskan Watanabe-Arisa, hari ini. FOTO ARKIB NSTP

Kuala Lumpur: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghidupkan peluang untuk layak ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China selepas menang aksi kedua Kumpulan A, sebentar tadi.

Tang Jie-Ee Wei mencipta kemenangan sensasi ke atas gandingan Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 12-21, 21-16, 21-16 di Gimnasium Olimpik Hangzhou.

Ia adalah kemenangan pertama pasangan ranking kelapan dunia itu ke atas Watanabe-Arisa selepas tiga pertemuan.

Pada aksi terakhir esok, Tang Jie-Ee Wei akan berdepan pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dalam usaha mencari kemenangan kedua seterusnya menempah slot ke separuh akhir.

Semalam, Tang Jie-Ee Wei memulakan misi dengan langkah kiri selepas tumpas kepada pasangan tuan rumah, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 10-21, 13-21.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/2023/12/1040810/tang-jie-ee-wei-hidupkan-peluang-ke-separuh-akhir

Pages: [1]
View full version: Tang Jie-Ee Wei hidupkan peluang ke separuh akhir


ADVERTISEMENT