Raline Publish time 15-12-2023 07:43 AM

Bangun projek hartanah RM1.4 bilion

Bangun projek hartanah RM1.4 bilion

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm1312fudo_1702504823.jpg

KAI Wai (dua dari kiri) bersama pengurusan kanan Mitsui Fudosan pada majlis pengumuman kerjasama antara SP Setia dan Mitsui Fudosan.


Kuala Lumpur: SP Setia bekerjasama dengan Mitsui Fudosan (Asia) Malaysia Sdn Bhd (Mitsui Fudosan) bagi projek pembangunan hartanah di Bukit Persekutuan Setia, Bangsar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.4 bilion.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia, Datuk Choong Kai Wai berkata, projek hartanah itu akan dilaksanakan di atas tanah berkeluasan 1.08 hektar sekali gus memberikan nadi baharu kepada pembangunan di Bangsar.

Katanya, langkah strategik itu juga menandakan peluang yang besar bagi SP Setia untuk meluaskan lagi kehadirannya dan mewujudkan hartanah yang kukuh.

Menurutnya, projek itu akan terdiri daripada dua menara kediaman membabitkan 1,300 unit rumah dengan menara pertama dijangka dilancarkan pada tahun depan.

"Usaha sama antara SP Setia dan Mitsui Fudosan ini penting untuk kedua-dua syarikat, kerana ia menggabungkan pemaju hartanah terkemuka negara dan syarikat pelaburan hartanah utama.

"Ia bukan saja akan meningkatkan portfolio projek tetapi juga memberikan peluang yang luar biasa untuk SP Setia dalam memasarkan kepada pelanggan antarabangsa.

"Dengan gabungan kepakaran dan rekod prestasi, usaha sama ini bersedia untuk membuka potensi penuh pembangunan," katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, Bukit Persekutuan Setia seluas 20.9 hektar merupakan pembangunan berprestij yang terletak di kawasan utama Bangsar, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, ia juga terletak strategik berhadapan KL Sentral, hab pengangkutan bersepadu terbesar di Malaysia yang menawarkan sambungan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan juga ke seluruh Lembah Klang.

Lokasi itu akan menawarkan kemudahan dan kebolehcapaian yang tiada tandingan.

"Kami gembira dapat bekerjasama dengan Mitsui Fudosan dalam projek ini. Kami yakin bahawa usaha sama ini akan membuka jalan kepada pembangunan yang luar biasa.

"Kerjasama dengan Mitsui Fudosan adalah bukti komitmen kami untuk kecemerlangan dalam setiap usaha," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/bisnes/2023/12/1040493/bangun-projek-hartanah-rm14-bilion

Pages: [1]
View full version: Bangun projek hartanah RM1.4 bilion


ADVERTISEMENT