Raline Publish time 15-12-2023 07:43 AM

Insurans perjalanan terus berkembang, kos perubatan luar negara mahal

Insurans perjalanan terus berkembang, kos perubatan luar negara mahal

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm1412kaml_1702540086.jpg
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etiqa Kamaludin Ahmad. - FOTO NSTP/Asyraf Hamzah

Kuala Lumpur: Syarikat insurans tempatan Malaysia, Etiqa optimis dengan prospek ekonomi Malaysia dan keupayaan syarikat dalam penyampaian perkhidmatan digitalnya.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia dijangka meningkat antara empat dan lima peratus pada 2024 seperti yang diunjurkan Bank Negara Malaysia, berbanding jangkaan empat peratus pada 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etiqa Kamaludin Ahmad berkata dengan kira-kira 750,000 pengguna berdaftar dalam talian termasuk aplikasi mudah alih 'Smile'nya, beliau berharap lebih ramai akan mengetahui kemudahan mendapatkan atau memperbaharui polisi insurans mereka secara dalam talian.

"Contohnya, untuk insurans kenderaan, ia adalah sesuatu yang pemilik kenderaan perlu lakukan, dan kami mahu pastikan ciri-ciri dalam aplikasi ini -- sesetengahnya tidak perlu log masuk - menjadi lebih baik.

"Dan apa yang kami lakukan di sini (di Malaysia) juga akan dieksport ke negara-negara di mana kami berada," katanya kepada pemberita selepas jamuan tengah hari bersama media pada Rabu.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm1412qaa_1702540095.jpg
Kamaludin (dua dari kanan) bersama Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (kanan sekali) dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit (tiga dari kiri). - FOTO NSTP


Beliau turut menambah bahawa insurans perjalanan sedang berkembang, memandangkan perbelanjaan perubatan boleh menjadi sangat mahal di luar negara.

Selain itu, Kamaludin berharap bilangan pelanggan yang membeli polisi insurans akan meningkat kepada 400,000 pada 2024 berbanding 300,000 pada masa ini setiap tahun, atau 25,000 pelanggan (bilangan polisi insurans) sebulan yang membeli insurans perjalanan secara dalam talian hari ini.

Berkenaan dengan pengembangan serantau produk takafulnya, Kamaludin berkata Etiqa perlu lebih berhati-hati dan lebih suka berkembang secara organik dalam keadaan pasaran yang mencabar.

"Walaupun terdapat potensi besar untuk berkembang di Indonesia, sebagai contoh, tidak mudah menjalankan perniagaan di sana, dan kami perlu mencari rakan kongsi tempatan yang baik, tidak seperti Singapura dan Vietnam, yang boleh memiliki 100 peratus kepentingan," katanya.

Pada majlis itu, Ketua Pegawai Strategi Etiqa Chris Eng berkata syarikat telah bekerjasama dengan pengawal selia di Filipina untuk mengeksport produk takafulnya dalam beberapa bulan akan datang bagi memenuhi keperluan lebih daripada enam peratus penduduk Islam di sana.

Ia merancang untuk membawa lebih banyak produk takaful keluarga ke Singapura yang pada masa ini agak terhad.

Etiqa adalah pengedar pelbagai saluran produk insurans dan takaful melalui 10,000 ejen, 46 cawangan dan 17 pejabat, lebih daripada 490 rangkaian bankasurans (melalui cawangan Maybank, bank pihak ketiga, koperasi dan broker) melalui kehadirannya di Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia dan Kemboja.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/bisnes/2023/12/1040714/insurans-perjalanan-terus-berkembang-kos-perubatan-luar-negara-mahal

Pages: [1]
View full version: Insurans perjalanan terus berkembang, kos perubatan luar negara mahal


ADVERTISEMENT