mattzzx Publish time 14-12-2023 05:57 PM

Beberapa kaunter CIQ BSI ditutup sebulan untuk naik taraf

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/14hmciqa1_1702546532.jpg
KOMPLEKS CIQ, Bangunan Sultan Iskandar. FOTO Arkib NSTP.

Johor Bahru: Beberapa kaunter termasuk zon bas dan laluan automatik (sistem e-gate) di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) akan ditutup selama sebulan mulai esok.

Jurucakap Unit Komunikasi dan Korporat Pejabat Imigresen BSI berkata,

penutupan terbabit bagi memberi laluan kerja menaik taraf.

Katanya, kerja itu akan membabitkan tiga fasa di laluan keluar dan masuk kaunter bas terbabit dan proses dijadualkan selesai pada 15 Januari ini.



Menurutnya, kaunter Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) mungkin turut terjejas sepanjang tempoh berkenaan.

"Fasa pertama membabitkan kerja-kerja menaik taraf di laluan zon bas keluar dengan melibatkan kaunter manual 1 sehingga 4, laluan e-gate 1 sehingga 3 dan kaunter MDAC bermula esok.

"Fasa kedua membabitkan kaunter manual (11-18); laluan e-gate (1-6) pada 21 Disember manakala fasa ketiga membabitkan kaunter manual sahaja (3-12) pada 28 Disember," katanya menerusi hebahan di Facebook.

Menurutnya, bagi fasa pertama di laluan zon bas masuk ia membabitkan kaunter manual (1-4); laluan e-gate (1-3) dan kaunter MDAC bermula pada 28 Disember.

Katanya, fasa kedua di laluan zon bas masuk itu membabitkan kaunter manual (11-18) dan laluan e-gate (1-6) bermula 3 Januari 2023 sementara fasa ketiga hanya membabitkan kaunter manual (3-12) bermula 9 Januari.

"Permohonan kemudahan Sistem Kawalan Sempadan Automatik (M-Bike) kali pertama diberhentikan buat sementara waktu atas sebab tertentu dan pembukaan semula akan dimaklumkan kemudian.

"Sistem e-gate di BSI dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Iskandar Puteri digunakan warga asing khususnya Singapura bermula 20 Januari lalu," katanya yang memaklumkan penggunaan sistem e-gate akan memanfaatkan 50,000 warga republik itu yang berulang alik ke Johor atas tujuan sosial.

Secara purata lebih 60,000 penunggang dan pembonceng motosikal rakyat Malaysia berulang-alik ke Singapura atas urusan kerja.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/12/1040752/beberapa-kaunter-ciq-bsi-ditutup-sebulan-untuk-naik-taraf
Pages: [1]
View full version: Beberapa kaunter CIQ BSI ditutup sebulan untuk naik taraf


ADVERTISEMENT