mattzzx Publish time 14-12-2023 04:31 PM

1,262 polis Sarawak sedia digerak hadapi banjir

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/opsbanjir_1702533659.jpg
MANCHA Atta pada sidang media persediaan Monsun Timur Laut di IPK Kuching. FOTO Nadim Bokhari

Kuching: Seramai 1,262 pegawai dan anggota polis kontinjen Sarawak kini bersiap sedia untuk digerakkan jika banjir melanda negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, daripada jumlah itu 187 adalah pegawai manakala 1,075 anggota pangkat rendah.

Beliau berkata, jumlah itu membabitkan pegawai dan anggota pelbagai jabatan, formasi serta semua daerah di Sarawak.

"Berdasarkan maklumat Jabatan Meteorologi Malaysia, Monsun Timur Laut berlaku sejak 11 November lalu dan dijangka berlarutan sehingga Mac tahun depan.



"Keadaan ini menuntut polis selaku komander Ops Banjir diletakkan dalam keadaan siap siaga sepanjang masa," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Ops Banjir bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, hari ini.

Mancha berkata, selain sumber manusia, polis turut menyediakan 1,335 aset bagi memastikan kelancaran operasi menyelamatkan mangsa banjir.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 348 aset darat, 832 aset laut serta sungai dan sebuah aset udara iaitu helikopter diletakkan dalam keadaan siap siaga.

"Selain itu, polis turut menyediakan 144 aset sokongan iaitu khemah dan set generator," katanya.

Menurutnya, walaupun polis kini diletakkan dalam keadaan bersiap sedia sepenuhnya susulan keadaan banjir mula berlaku di Semenanjung, pihaknya belum menerima arahan untuk membekukan cuti pegawai serta anggota.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/12/1040664/1262-polis-sarawak-sedia-digerak-hadapi-banjir
Pages: [1]
View full version: 1,262 polis Sarawak sedia digerak hadapi banjir


ADVERTISEMENT