mattzzx Publish time 14-12-2023 04:27 PM

Bila kau nak insaf Eddy...

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/dio_1702536594.jpg
Mohd Eddy dibawa keluar selepas mengaku salah menceroboh kilang kain. Foto Alias Abd Rani

Batu Pahat: Seorang buruh binaan yang pernah menjalani hukuman penjara lebih lima kali, sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas tuduhan menceroboh masuk kilang di Jalan Kluang, Sri Gading, bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Eddy Liman, 37, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.

Dia yang masih bujang didakwa menceroboh stor kilang membuat kain berhampiran Kawasan Perindustrian Wawasan di Sri Gading pada jam 9.30 malam, 10 November lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut seksyen sama, penjara sehingga tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa menceroboh kilang itu sebelum memasuki stor.

Tindakan tertuduh berjaya dikesan pengawal keselamatan kilang berkenaan sebelum menahannya dan menyerahkan kepada polis.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh diwakili peguam Tan Song Yan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Terdahulu, pihak pendakwaan turut menyerahkan rekod lampau tertuduh membabitkan beberapa kes seperti dadah, curi dan juga menceroboh.

Selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan serta rayuan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan bermula dari tarikh ditangkap, 10 November.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/12/1040689/bila-kau-nak-insaf-eddy
Pages: [1]
View full version: Bila kau nak insaf Eddy...


ADVERTISEMENT