mattzzx Publish time 14-12-2023 04:23 PM

Tersepit rempuh plaza tol

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/tokd_1702539381.jpg
Sebuah lori pasir merempuh Plaza Tol Senai Utara pada pagi hari ini. FOTO Ihsan Bomba

Kulai: Seorang pemandu lori pasir cedera tersepit sejurus kenderaan berat dipandu merempuh Plaza Tol Senai Utama di sini, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Johor, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.10 pagi sebelum dua jentera bomba dan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai dan Skudai bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kemalangan membabitkan lori pasir yang merempuh pondok plaza tol.

"Terdapat seorang mangsa yang juga pemandu lori mengalami kecederaan akibat tersepit di tempat duduk pemandu.



"Anggota Bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.

"Mangsa, Amirrul Faiz Hassan, 29, berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pegawai perubatan untuk tindakan lanjut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/12/1040705/tersepit-rempuh-plaza-tol
Pages: [1]
View full version: Tersepit rempuh plaza tol


ADVERTISEMENT