mattzzx Publish time 14-12-2023 11:31 AM

Song Ji-hyo menang saman RM3.6 juta

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/jihnsyo1_1702520433.jpg
SONG Ji-hyo.

Seoul: Pelakon, Song Ji-hyo, 42, menang saman terhadap agensi Uzurocks dan bakal memperoleh lebih RM3.6 juta daripada bekas agensinya itu.

Kelmarin, mahkamah memaklumkan Uzurocks tidak memfailkan rayuan dalam tempoh dua minggu selepas perbicaraan terakhir kes itu pada 28 November lalu.

Mengikut undang-undang, kegagalan agensi itu berbuat demikian sekali gus memberikan kemenangan kepada Ji-hyo.

Menurut wakil Uzurocks, mereka memang mahu menyelesaikan kes itu sebaiknya dan enggan memanjangkan lagi.



"Kami merancang untuk membayar (jumlah yang Song Ji-hyo layak dapat). Adalah kewajipan untuk kami membayarnya. Kami berada di pihak yang salah," katanya.

Pada 22 November lalu, mahkamah memerintahkan Uzurocks membayar RM3.5 juta berserta imbuhan kelewatan sebagai wang penyelesaian kepada pelakon itu.

Anggaran bayaran keseluruhan adalah sekitar termasuk bunganya adalah RM3.6 juta.

Sepanjang perbicaraan, Uzurocks dikatakan kurang responsif selain gagal melantik wakil peguam untuk mempertahankan mereka dalam kes berkenaan.

Kes saman terbabit berlaku ekoran Ji-hyo menamatkan kontrak eksklusif bersama Uzurocks pada 14 April lalu. Ketika itu, berlaku konflik mengenai gaji yang tidak dibayar selain isu peletakan jawatan.

Sementara itu, wakil guaman pelakon terbabit memaklumkan mereka dalam perbincangan mengenai tindakan seterusnya terhadap agensi berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/rap/2023/12/1040566/song-ji-hyo-menang-saman-rm36-juta

keranda.terbang Publish time 29-3-2024 02:39 PM

cantik nya dia

bintangsejuk Publish time 31-3-2024 05:25 PM

keranda.terbang replied at 29-3-2024 02:39 PM
cantik nya dia

Siyes cantik... Perfect, skali ngan personaliti dia. Ji hyo Jjang!!!

marchikobonzo Publish time 1-4-2024 04:19 PM

Baik betul dia ni, dia keluar duit sendiri bayar staff dia yang uzurock tak bayar gaji

Guli Publish time 1-4-2024 08:22 PM

kita sedia maklum song ji hyo dah memang kaya, keluaarga pun kaya gak

Ahriman Publish time 1-4-2024 08:51 PM

42 ke?
Mcm tk mamah dek usia je.:$

shernazz Publish time 2-4-2024 07:32 AM

Guli replied at 1-4-2024 08:22 PM
kita sedia maklum song ji hyo dah memang kaya, keluaarga pun kaya gak

Ye ke..family dia bisnes apa?

.N.A. Publish time 2-4-2024 10:24 PM

shernazz replied at 2-4-2024 07:32 AM
Ye ke..family dia bisnes apa?

Servis feri

shernazz Publish time 3-4-2024 07:55 AM

.N.A. replied at 2-4-2024 10:24 PM
Servis feri

Wow..patut la..
Most depa yang retis2 Korea neh mesti family Ada bisnes kan..

I.K.A888990 Publish time 3-4-2024 10:58 AM

eh ingatkan menang saman apa
rupanya berita lama hahaha

.N.A. Publish time 3-4-2024 07:09 PM

shernazz replied at 3-4-2024 07:55 AM
Wow..patut la..
Most depa yang retis2 Korea neh mesti family Ada bisnes kan..

Lupa area mana tp hari2 agaknya ramai naik feri tu
Pages: [1]
View full version: Song Ji-hyo menang saman RM3.6 juta


ADVERTISEMENT