chacon Publish time 14-12-2023 09:52 AM

resepi Ikan goreng paling anak dan suami suka musim hujan gini.





Ikan Selayang Rebus nise, goreng panas panas bau dia saja buat berair mulut. Lagi lagi musim hujan gini, boleh makan dengan nasi panas, ubi rebus dan juga pulut.

Ikan rebus nise goreng ni asalnya daripada Thailand resepi dia, tapi barang semua ada di Malaysia jadi semua boleh buat

Resepi dan Gambar HAK MILIK : Vi Ibi Haji Ariffin

CARA PENYEDIAAN:
1.Untuk 15-20 ekor ikan selayang. Masukkan 2 ketul nise kerek, 6 batang serai, 1/2 sudu garam, 6 ulas bawang putih, asam keping segenggamdan limau purut 15 helai ke dalam periuk.

2.Masukkan ikan, nak letak cili pun boleh. Masukkan air sama paras dengan ketinggian ikan

3.Rebus selama setengah jam dan buka api kecil je. Cuba rasa kuah tu, kalau masin atau manis sangat tambahkan air panas. Ikan rebus ni makin lama simpan dlm peti makin sedap.
Nak makan boleh keluarkan dari peti sejuk dan panaskan saja. TAPI NAK lagi sedap kena goreng garing kruppp kruppll

Ni yang dah digoreng, perlukan kesabaran sebab dia meletup-letup sikit. Akak buka api slow tutup dengan tudung periuk.

Goreng bawang besar sekali dan bila masak perah asam limau..pergg nak jerit sero.









GAMBAR : MY DAILY MAKAN
GOOGLE

noorhairiahma Publish time 21-3-2024 02:35 PM

Sedap, tapi leceh nak buat.
Pages: [1]
View full version: resepi Ikan goreng paling anak dan suami suka musim hujan gini.


ADVERTISEMENT