tatod Publish time 13-12-2023 10:47 PM

Kak KM Berputih Mata Hilang RM10,000 & 3 Beg Jenama Mewah, Dakwa Bagasi Ada Kesan Umpil

Usahawan sensasi, Kak KM meluahkan rasa kesal selepas wang tunai bwrjumlah RM10,000 hilang ketika dia berada dalam pesawat dari Jakarta, Indonesia ke Kuala Lumpur.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Kak KM menyatakan kejadian terbabit berlaku pada dua minggu lalu.
Kak KM juga terpaksa berputih mata kerana tiga beg berjenama mewah dianggarkan bernilai RM16,000 turut lesap.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202312/13/224642u3hgqlwb3zpo2p6b.png


"Dalam luggage yang saya bawa itu ada wang tunai dan juga tiga lagi beg kecil jenama mewah. Semuanya lesap ketika dalam penerbangan. Saya memang akan letak wang tunai dalam beg itu," katanya.
Dakwa pemilik nama Liana Rosli, bagasi yang dibawa masuk ke dalam kabin mempunyai kesan diumpil dengan alatan tajam.
"Saya sedar apabila melihat ada kesan seperti ditoreh dengan benda tajam. Pelik juga sebab penumpang tak boleh bawa peralatan tajam naik pesawat.
"Dalam pesawat ada CCTV tak? Saya nak tahu bagaimana kejadian sebegitu boleh berlaku. Pelik sebab macam sudah dirancang," katanya lagi.
Dalam pada itu, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri masih menunggu jawapan balas daripada syarikat terbabit.
Dia tidak akan berdiam diri kerana sudah melibatkan jumlah wang ringgit yang banyak.
"Selama ini saya percaya dengan syarikat berkenaan sebab tak pernah terjadi apa-apa. Saya rasa apa yang berlaku seperti sudah dirancang.
"Saya duduk di barisan hadapan sedangkan beg berkenaan di simpan di barisan belakang. Bila saya nak turun di Kuala Lumpur, saya kena tunggu semua orang berambus, baru saya dapat bangun.
"Sudah dua minggu kejadian berlaku dan mereka seolah-olah mahu lepas tangan. Kata mereka perkara begini sering berlaku tapi saya tidak akan berdiam sebab banyak duit yang hilang.
"Duit boleh dicari tetapi kepercayaan itu sudah hilang," katanya lagi.





Sumber: Oh Bulan

nolya Publish time 14-12-2023 12:31 AM

Mcmane Kak KM boleh duduk depan, begnya duduk di blkng. Kenapa tak simpan dlm locker yg atas kepala. Pesawat ape yg dia naik beg boleh letak blkng.? Dn kenapa duit yg begitu banyak tidak di hand laggage dn letakkan di bawah seat/kaki atau di celah seat. Sudah di rancang?Oleh siapa? Cabin crew ke? Adakah beg dia saja ke yg ada kat belakang tu. Kalau ada pun sesape yg umpil begnya, tak kan cabin crewtengok saja?

SalenaGomez Publish time 14-12-2023 12:39 AM

X ambil travel PA ke?? Loss atau damage pada belonging, injury, death, flight delay semua cover. Rugilah x ambil

Perawankota Publish time 14-12-2023 01:38 AM

Seriusla letak cash dlm luggage mcmtu je..

FlexyFox Publish time 14-12-2023 06:05 AM

Ni bukan kali kedua sejak beberapa minggu lalu celebrity hilang barang berharga dlm flight ka? Kalau kita kata bodoh marah, habis apa lagi kalau bukan bodoh. Pergi manapun wang tunai dan barang kemas mesti diletak di diri kita.

   Barang berharga mesti bersama kita. Maknanya dlm bag tangan kita tu lah (atau dlm jeketke...) Sama juga perhiasan emas atau berlian. Apa2 jer lah yg berharga mesti bersama kita. Aku travel berpuluh jam dlm flight tak pernah lagi hilang apa2... aku biasa bawa jewellery berlian dan emas nilai puluh ribu tak hilang sebab ia sentiasa bersama kita di badan kita.

Themilo Publish time 14-12-2023 07:41 AM

kawan weols pergi business trip hilang RM18k dalam beg laptop. Beg laptop disimpan dalam overhead compartment, tapi weols tak pasti la lokasi belakang, depan, kiri atau kanan. Flight pun sekadar pergi Hong Kong, sekitar 4 jam.

Sampai Hong Kong, tengok-tengok dalam beg tu ada counterfeit peso notes. Duit palsu pinoy. menangis la heols nak menjawab dengan management.

makton Publish time 14-12-2023 08:21 AM

tgk kat tiktok ada yg komen pasal isu ni. katanya dia ni mesti lambat sampai kt gate sbb amik hot seat tp masuk paling akhir. slalu kan hot seat masuk dulu (kecuali kat airport senai kalau tak silap aku ada baca katanya hot seat tak masuk dulu).

and katanya diberi 3kali minum tu takde kaitan pun sbnrnya kalau nak dikaitkan dgn kes curi ni. telah dirancang awal? then ape kena mengena dgn dia bg kau air minum smpai kembung? bukan dia bg kau ubat tido pun. pastu head compartment tu pun takde pun polisi mana2 airlines ckp hot seat dpt ruang luggage khas atas kepala seat kau tu. nasib la kalau kena simpan luggage kat belakang skali pun

sepora Publish time 14-12-2023 08:25 AM

dia ckp sebelum ni pegi europe letak duit 100K dlm handcarry pun tak jadi kes mcm ni. tulah orang kate kalau dah nak terkena kan...

asudau Publish time 14-12-2023 08:38 AM

rugi je beli handbeg mahal-mahal tapi tak letak barang berharga dalam nye..

ayukpingu Publish time 14-12-2023 08:53 AM

yang menarik perhatian aku, kenapa dia bawa cash?
RM10k dan 100k masa ke europe? sesuatu sangat... supaya acc bank nampak cantik tanpa keraguan ke?

KamikuP Publish time 14-12-2023 08:58 AM

Akhirnya doa netizen termakbul dan mustajab. Hilang RM10k jahh apaadehal.. pasni gelelk2 balik dpat le cover balik rugi tu ekekekeke

hareeeesah Publish time 14-12-2023 09:00 AM

Kata bodo xngaku. Pastu cite kebodohan sendiri.
Org kaya jarang la bwk cash gitu unless duit politik & cuci-cuci la kn

Zazama Publish time 14-12-2023 09:10 AM

Dugaan trjd dgn izinNYA juga. Ambil la ikhtibar. #PeringatanUtkDiriJuga

ketambangkang Publish time 14-12-2023 10:28 AM

ni kejadian masa dia ngn adik beradik naik cruise gi sngapore tu ea? pastu dr jb dorg naik flight AA balik kl..mmg nampak la dorg shopping sakan kat JPO tu..tp macamana nak sahkan memang ada 10k dlm tu..ntah2 takde pon, knowing si KM ni kan asyik nak up2 je

airmineral Publish time 14-12-2023 10:34 AM

kenapa usung duit cmtu ek?
lepas pulak masa scan kat airport?

Queenmastani Publish time 14-12-2023 03:06 PM

Mesti seat dlm flight tkde fengshui :$

opie5662 Publish time 14-12-2023 04:01 PM

nolya replied at 14-12-2023 12:31 AM
Mcmane Kak KM boleh duduk depan, begnya duduk di blkng. Kenapa tak simpan dlm locker yg atas kepala. ...

Igt cabin crew tukang tgk beg org ke. Semua barang2 peribadi dlm flight atas tanggungjawab sendiri. Sapa suruh bawah hand carry banyak2 n duit cash letak dlm beg. Terpaling pandai sgt

jihyomelly Publish time 14-12-2023 04:07 PM

kurma is real ;P slalu mendongak ke langit bila org tegur..

neve4881 Publish time 14-12-2023 04:18 PM

ketambangkang replied at 14-12-2023 10:28 AM
ni kejadian masa dia ngn adik beradik naik cruise gi sngapore tu ea? pastu dr jb dorg naik flight AA ...

flight dr Jakarta-KL uols...bkn spore..iols malas nk caye cite kak km..slalu up je lebihhh

opie5662 Publish time 14-12-2023 04:42 PM

Themilo replied at 14-12-2023 07:41 AM
kawan weols pergi business trip hilang RM18k dalam beg laptop. Beg laptop disimpan dalam overhead co ...

Flite kalau g Hong Kong n China la paling banyak pencopet dlm flite. Jaga barang betul2. Barang berharga tolong la lekat kat badan.
Pages: [1] 2
View full version: Kak KM Berputih Mata Hilang RM10,000 & 3 Beg Jenama Mewah, Dakwa Bagasi Ada Kesan Umpil


ADVERTISEMENT