mattzzx Publish time 13-12-2023 05:55 PM

Gergasi hoki remaja dunia mula congak strategi

https://assets.bharian.com.my/images/articles/HOKI_PIALA_DUNIA_REMAJA_2023_1702460935.jpg
Pemain Jerman meraikan kejayaan menewaskan Argentina pada suku akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2023 di Stadium Hoki Nasional. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Empat pasukan gergasi - tiga dari benua Eropah dan satu Asia semakin membara dalam misi memburu tiket ke pentas final sekali gus menjulang trofi hoki Piala Dunia Remaja, Sabtu ini.

Juara enam kali, Jerman akan turun menentang India manakala Sepanyol dijadual bertemu Perancis pada aksi separuh akhir di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, esok.

Semalam, Jerman mengesahkan tiket ke kelompok empat terbaik selepas menyingkirkan juara bertahan, Argentina 2-1 di suku akhir manakala India bangkit menundukkan Belanda 4-3.

Dua lagi perlawanan suku akhir menyaksikan Sepanyol menewaskan Pakistan 4-2 manakala Perancis layak menerusi kemenangan ke atas Australia 3-2.



Ketua jurulatih Jerman, Rein Van Eijk mengingatkan anak buahnya supaya tidak memandang rendah kemampuan India yang dilihat berpotensi untuk memusnahkan impian mereka merangkul kejuaraan buat kali ketujuh.

"India bukan satu halangan mudah. Mereka bijak dan satu pasukan yang sentiasa menekan. Saya jangkakan satu saingan sengit seperti aksi suku akhir.

"Kami mahu terus menyambung rentak sama ketika menentang Argentina dan fokus ketika ini adalah mencari satu lagi keputusan positif," katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih India, C R Kumar, berkata kemenangan ke atas Belanda yang menyaksikan barisan pemainnya bangkit selepas dua kali ketinggalan memberi tonik tambahan buat pasukan itu bagi berdepan Jerman.

"Kami menghormati kemampuan milik Jerman. Mereka adalah satu pasukan yang cukup bagus dan bertarung dengan baik ketika atasi Argentina.

"Kami mungkin berdepan dengan kesulitan untuk memecah masuk kubu lawan tapi kemenanganke atas Belanda setidak-tidaknya sudah memberi satu keyakinan untuk meniti ke arah kemenangan," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2023/12/1188752/gergasi-hoki-remaja-dunia-mula-congak-strategi
Pages: [1]
View full version: Gergasi hoki remaja dunia mula congak strategi


ADVERTISEMENT