mattzzx Publish time 13-12-2023 05:21 PM

Budak lelaki didera pengasuh, polis sah terima laporan


https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/12/WhatsApp-Image-2023-12-13-at-16.31.48.jpegKESAN lebam pada badan seorang kanak-kanak berusia setahun yang didakwa telah didera oleh pengasuh dalam kejadian di Sikamat, Seremban.


SEREMBAN: Polis mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian penderaan kanak-kanak lelaki berusia setahun oleh pengasuh di kawasan Sikamat di sini seperti yang tular di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintenden Mohd. Rosli Ishak berkata, telah terkesan satu kenyataan yang tular di aplikasi Instagram oleh pemilik akaun @faradelyn.aris mendakwa berlakunya penderaan ke atas anaknya.

“Semakan pihak polis mendapati satu laporan polis telah diterima pada 7 Disember lalu berkaitan kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara boleh sampai dua puluh tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Rosli justeru berkata, pihak polis memberi amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam apa-apa bentuk penganiayaan atau pengabaian ke atas kanak-kanak.

Dalam pada menerusi hantaran pemilik akaun Instagram itu, dia mendakwa kejadian penderaan itu berlaku pada 5 Disember lalu selepas suaminya melihat banyak kesan lebam di belakang badan anaknya yang berusia setahun sebulan ketika mahu menukar lampin.

Ibu mangsa berkata, dia baru tiga bulan menghantar anaknya kepada pengasuh tersebut dan selama tempoh tersebut mesti akan ada kesan lebam pada badan anak tetapi tidak dimaklumkan oleh pengasuh berkenaan.

Difahamkan ibu mangsa telah membuat laporan polis dan tindakan susulan telah diambil untuk siasatan lanjut. Dakwa ibu mangsa lagi, pengasuh itu bersama anak perempuannya turut menjaga lebih 10 orang anak asuhan.-UTUSAN.


https://www.utusan.com.my/berita/2023/12/budak-lelaki-setahun-didera-pengasuh-polis-sah-terima-laporan/
Pages: [1]
View full version: Budak lelaki didera pengasuh, polis sah terima laporan


ADVERTISEMENT