mattzzx Publish time 13-12-2023 04:51 PM

Tiga pegawai IPD Kuching dibuang kerja

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/ashmon_1702453493.jpg
AHSMOND Bajah merasmikan Program Integriti dan Kesedaran Kesihatan Mental, Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, hari ini FOTO Nadim Bokhari.

Kuching: Seramai 25 warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dikenakan tindakan kerana terbabit dalam pelbagai kesalahan jenayah serta kesalahan lain tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, daripada jumlah itu, empat adalah pegawai kanan, 20 anggota pangkat rendah manakala seorang kakitangan awam.

Menurutnya, empat daripadanya dikenakan tindakan kerana terbabit dalam rasuah, enam terbabit dalam pelbagai jenayah termasuk penyalahgunaan dadah, enam terbabit pelbagai kesalahan termasuk kesalahan syariah manakala selebihnya membabitkan salah laku dan tatatertib.

"Jumlah itu meliputi 23 peratus daripada kekuatan 1,078 pegawai dan anggota IPD Kuching.



"Selain itu, seramai 133 lagi terbabit dalam salah laku kecil atau disiplin dalaman dan mereka dimasukkan dalam program intervensi pemulihan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Penutupan Program Integriti dan Kesedaran Kesihatan Mental Peringkat IPD Kuching di Balai Polis Bintawa, hari ini.

Ahsmon berkata, sejak 2021 hingga tahun ini, seramai tiga pegawai IPD Kuching dikenakan tindakan buang kerja kerana kesalahan berat yang menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Walaupun jumlah itu kecil, kita perlu bertindak tegas dan memantau sepanjang masa bagi mengelakkan ia menjadi barah sehingga menjejaskan kepercayaan masyarakat kepada PDRM," katanya.

Mengenai program yang julung kali diadakan itu, Ahsmon berkata, ia bagi memastikan integriti dan kesihatan mental untuk pegawai, anggota dan kakitangan awam menjadi keutamaan.

"Integriti harus menjadi pegangan bagi memastikan mutu perkhidmatan pegawai dan anggota kepada masyarakat.

"Jika mental tidak stabil, ia akan menimbulkan masalah untuk berkomunikasi dengan orang awam seterusnya sukar dalam proses membuat keputusan sekali gus menyebabkan perkhidmatan yang diberi tidak menepati kehendak masyarakat," katanya.

Menurutnya, program itu akan diadakan secara berkala tiga bulan sekali, namun jika ada keperluan, ia akan diadakan sekerap mungkin.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/12/1040368/tiga-pegawai-ipd-kuching-dibuang-kerja
Pages: [1]
View full version: Tiga pegawai IPD Kuching dibuang kerja


ADVERTISEMENT