mattzzx Publish time 13-12-2023 02:48 PM

Guru kaunseling direman kes amang seksual murid

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/12/rogol-art-650x340-1-1-2.jpg
Gambar hiasan

SEREMBAN – Seorang guru kaunseling lelaki sebuah sekolah rendah di Seremban telah direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini semalam bagi membantu siasatan kes melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.

Suspek berusia 43 tahun direman bagi membolehkan siasatan lanjut di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017.

Menurut sumber, pihak polis telah menerima laporan daripada guru besar sekolah tersebut pada 5 Disember lalu berhubung penemuan beberapa kandungan video lucah salah laku gangguan seksual yang dilakukan suspek terhadap murid-murid.

Sumber berkata, difahamkan beberapa video yang memaparkan video perbuatan salah laku seksual guru terbabit terhadap anak lelakinya sendiri turut dijumpai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe ketika dihubungi mengesahkan suspek telah ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah kes amang seksual kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12/13/guru-kaunseling-direman-kes-amang-seksual-murid/
Pages: [1]
View full version: Guru kaunseling direman kes amang seksual murid


ADVERTISEMENT