mattzzx Publish time 13-12-2023 12:00 PM

Buaya 'muncul' di Puteri Harbour

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/buayaaharb1_1702434967.jpg
TANGKAP layar video buaya muncul di kawasan riadah dan Terminal Feri Antarabagsa Puteri Harbour di Iskandar Puteri.

Iskandar Puteri: Pengunjung Puteri Harbour di sini, dikejutkan dengan kehadiran buaya hingga ia menimbulkan kebimbangan ramai.

Seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Maryam berkata, reptilia berkenaan berlegar-legar berhampiran bot diletakkan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, kemunculan buaya itu bukan saja menggemparkan pengunjung, malah turut menimbulkan kebimbangan berkaitan soal keselamatan orang ramai yang beriadah di situ terutama pada hujung minggu.

Katanya, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mahupun pihak pengurusan di Puteri Harbour yang turut menempatkan terminal feri antarabangsa perlu mengambil tindakan sesuai.


"Kami biasa ke Puteri Harbour pada hujung minggu kerana ia menempatkan taman tema, restoran dan penginapan.

"Namun, selepas kemunculan buaya, saya dan ahli keluarga berkenaan terpaksa beriadah di tempat lain kerana tidak mahu menanggung risiko.

"Sekiranya ada kejadian tidak diingini berlaku, ia boleh menjejaskan perniagaan di situ selain menjejaskan imej kawasan riadah berkenaan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Johor Aminuddin Jamin berkata, pihaknya menerima aduan berkaitan kemunculan binatang itu.

Menurutnya, pihaknya menjalankan pemantauan di kawasan berkenaan.

"Kami ada terima dan tindakan pemantauan berterusan bersama pihak pengurusan kawasan itu masih dijalankan," katanya ketika dihubungi.

Perkongsian video kemunculan reptilia itu di Instagram, kelmarin, menimbulkan kebimbangan ramai.

Terdapat pengunjung yang menyatakan pekerja di kawasan berkenaan mendakwa pernah melihat dua buaya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/12/1040219/buaya-muncul-di-puteri-harbour
Pages: [1]
View full version: Buaya 'muncul' di Puteri Harbour


ADVERTISEMENT