mattzzx Publish time 13-12-2023 11:41 AM

Juara F2, Pourchaire kecewa tidak terpilih beraksi di F1

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/f2a_1702438268.jpg
POURCHAIRE tidak lagi mahu beraksi dalam F2. -FOTO LAT Images

London: Juara Formula 2 (F2), Theo Pourchaire menyuarakan kekecewaannya kerana tidak mendapat tempat beraksi di Formula 1 untuk musim 2024 dan mendedahkan bahawa dia tidak akan kembali berlumba dalam F2.

Pemandu Perancis itu bukan sahaja bergelar juara keseluruhan F2, menamatkan 11 mata di hadapan Frederik Vesti, tetapi juga membuat penampilan dalam beberapa sesi ujian FP1 bersama Alfa Romeo semasa musim F1.

Walau bagaimanapun dengan setiap tempat pelumba sudah disahkan bagi kalendar F1 2024, Pourchaire tidak akan mengambil bahagian dalam F1 musim depan.

Ini bukan senario luar biasa untuk juara F2 sejak akhir-akhir ini kerana Felipe Drugovich sebelum ini pernah berdepan situasi yang sama dan Oscar Piastri terpaksa menunggu setahun sebelum mendapatkannya.



Semasa majlis penyampaian hadiah FIA, Pourchaire menerima trofi kejuaraan F2 tetapi turut menyuarakan kekecewaannya kerana tidak mendapat tempat di F1.

"Saya rasa saya juara F2 ketiga berturut-turut yang tidak berlumba di F1," kata Pourchaire.

"Ia boleh berlaku, bukan kerana anda juara F2 maka anda akan mendapat tempat dalam F1.

"Sejujurnya saya kecewa, kerana saya juara F2, saya dapat melakukan keputusan yang baik.

"Matlamat utama yang Akademi Sauber beritahu saya adalah untuk memenangi kejuaraan dan saya berjaya melakukannya namun ia jadi seperti ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/12/1040239/juara-f2-pourchaire-kecewa-tidak-terpilih-beraksi-di-f1
Pages: [1]
View full version: Juara F2, Pourchaire kecewa tidak terpilih beraksi di F1


ADVERTISEMENT