Raline Publish time 13-12-2023 07:24 AM

Hannah harap Norza kekal kemudi BAM

Hannah harap Norza kekal kemudi BAM
https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/06/HANNAH-YEOH.jpg
HANNAH Yeoh berharap Tan Sri Norza Zakaria mempertimbangkan semula keputusannya melepaskan jawatan No. 1 BAM pada hujung bulan ini.

KUALA LUMPUR– Bagimemastikan program Road to Gold (RTG) tidak berdepan segala gangguan, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mempertimbangkan semula keputusannya melepaskan jawatan No. 1 Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada hujung bulan ini.

Hannah berkata, program RTG diwujudkan untuk menangani perubahan kepimpinan secara tiba-tiba dalam Kementerian Belia dan Sukan (KBS) atau Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dengan mempunyai dua pengerusi bersama.

“Saya berharap pengerusi bersama, Tan Sri Norza akan mempertimbangkan semula keputusannya untuk berundur sebagai presiden BAM pada akhir tahun ini.

“Sukan Olimpik Paris hanya beberapa bulan sahaja lagi dan badminton mempunyai wakil paling ramai dalam program RTG. Jadi, kita perlu fokus dan mengurangkan gangguan ketika masa persiapan penting ini,” kata Hannah dalam aplikasi X.

Pada Ogos lalu, Norza yang juga merupakan Presiden MOM melakukan kejutan apabila mengumumkan akan melepaskan jawatannya sebaik sahaja 2023 berakhir.

Sebelum itu, beliau turut mengumumkan akan melepaskan jawatan selaku Presiden BAM sebaik sahaja Olimpik 2024 berakhir kerana mahu memberi tumpuan terhadap tugas selaku Presiden Kehormat Badminton Asia dan Ahli Lembaga Majlis Olimpik Asia (OCA).

Selain mahu melepaskan jawatan selaku Presiden BAM, beliau juga pernah menyuarakan hasrat untuk mengundurkan diri daripada jawatan sebagai Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selepas Sukan Olimpik Los Angeles 2028. -KOSMO! Online

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/12/12/hannah-harap-norza-kekal-kemudi-bam/

Pages: [1]
View full version: Hannah harap Norza kekal kemudi BAM


ADVERTISEMENT