Vellfire Publish time 12-12-2023 01:45 AM

Gempur pasar basah, 114 pekerja warga asing ditahan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/pasar_1702259402.jpg

114 warga asing yang bekerja di pasar basah di sebuah pasaraya di Tampoi ditahan. FOTO IHSAN JIM JOHOR
Johor Bahru: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor menahan seramai 114 warga asing dalam Ops Belanja dan Ops Selera di pasaraya di Tampoi Jumaat lalu.
Pengarahnya, Baharuddin Tahir berkata, operasi dijalankan pada jam 11.30 pagi itu, dijayakan oleh 90 pegawai daripada Bahagian Penguatkuasa Negeri, pegawai Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).
Katanya, operasi dilakukan selepas menerima aduan awam mengenai kewujudan warga asing yang bekerja di pasar basah premis tersebut.
"Operasi ini adalah hasil risikan selama seminggu. Seramai 228 warga asing dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Pakistan, Nepal, India dan Thailand termasuk warga tempatan diperiksa.
"Seramai 106 lelaki iaitu 51 (Myanmar), 34 (Indonesia), 10 (Bangladesh), lapan (Nepal), 3 (India) serta lapan wanita Indonesia berusia 19 tahun hingga 58 tahun ditahan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Baharuddin, kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Kesemua yang ditahan dipercayai gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dan melanggar syarat pas yang ditetapkan.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/12/1039433/gempur-pasar-basah-114-pekerja-warga-asing-ditahan
Pages: [1]
View full version: Gempur pasar basah, 114 pekerja warga asing ditahan


ADVERTISEMENT