mattzzx Publish time 11-12-2023 11:12 AM

Tumbukan Jojo lebih padu berbanding Rodtang

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/12/jojo-2nd.jpg
Johan Ghazali berjaya menundukkan uara Muay Thai Antarabangsa WBC dari Mexico, Edgar Tabares.-INSTAGRAM JOHAN

PETALING JAYA: Juara Muay Thai Antarabangsa WBC dari Mexico, Edgar Tabares mengakui tumbukan jaguh muay thai sensasi negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar lebih ‘padu’ berbanding raja muay thai Thailand, Rodtang Jitmuangnon.

Kelmarin, Tabares tersungkur dengan kiraan knockout (KO) dalam masa 36 saat selepas terkena tumbukan padu Johan di bahagian perut dan muka dalam pertarungan ONE Night Fight 17 di Stadium Lumpinee di Bangkok, Thailand.

Keputusan itu mengejutkan banyak pihak keranan Johan yang terkenal dengan panggilan Jojo baru berusia 17 tahun berbanding Tabares, 29, yang mempunyai banyak pengalaman di pentas pertarungan antarabanga.

“Dia (Jojo) sangat kuat, tumbukan yang dia lepaskan terkena di bahagian hati dan terasa di sekitarnya. Sangat kuat…Saya perlu cakap tumbukannya lebih kuat berbanding Rodtang, sayan tidak rasa tumbukan Rodtang lebih kuat berbanding Jojo,” kata Tabares.

Petarung Mexico itu berkata demikian ketika menjawab soalan peminat ketika dia membuat siaran langsung di laman sosial miliknya di luar stadium selepas dia tewas kepada Johan dalam kategori catchweight MuayThai Primetime US, kelmarin

Ditanya peminat sama ada Johan bakal menjadi bintang dalam dunia muay thai, Tabares yang pernah ditewaskan oleh Rodtang dalam pertarungan dua pusingan berkata, dia yakin Jojo akan menjadi petarung yang hebat pada masa akan datang.

Selain Tabares, Jojo juga pernah melakar kemenangan dengan keputusan KO ke atas lawan dari Russia, Temirlan Bekmurzaev dalam pertarungan ONE Friday Fights 36 (Oktober), Tai Sor Jor Piek Uthai (Thailand) di ONE Friday Fights 18 (Mei) dan Padetsuk Fairtex (Thailand) di ONE Friday Fights 6 (Februari).

Hanya satu kemenangan diraih Jojo menerusi keputusan sebulat suara iaitu ketika menentang Samurai Seeopal dari Thailand dalam ONE Friday Fights 25 pada Julai lalu.

Kemenangan dilakar di bawah tempoh satu minit itu juga menyaksikan Tabares menjadi mangsa kedua Jojo dengan sebelum ini, atlet kelahiran Sarawak itu pernah menewaskan Fairtex dalam masa 16 saat.-UTUSAN

https://www.utusan.com.my/terkini/2023/12/tumbukan-jojo-lebih-padu-berbanding-rodtang/

manehnya Publish time 11-12-2023 11:24 AM

terbaik budak ni, cerah masa depan
Pages: [1]
View full version: Tumbukan Jojo lebih padu berbanding Rodtang


ADVERTISEMENT