mattzzx Publish time 11-12-2023 10:26 AM

Bukan semua suka perlumbaan pecut - Quartararo

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Fabio_Quartararo_1702185314.jpg
QUARTARARO percaya perlumbaan pecut itu sepatutnya dikurangkan. FOTO ASYRAF HAMZAH

Paris: Walaupun musim sudah berakhir namun perlumbaan pecut masih lagi menjadi perbualan dan memisahkan antara pelumba MotoGP.

Ramai yang menganggap format itu terlalu mencabar dan sengit, terutamanya dengan dua perlumbaan dalam setiap Grand Prix (GP), manakala yang lain menyokong saingan berkenaan.

Fabio Quartararo percaya perlumbaan pecut itu sepatutnya dikurangkan dan nampaknya ia tidak akan berlaku pada 2024.

"Sejujurnya saya tidak tahu, tetapi sehingga semua pelumba menandatangani perjanjian, saya fikir ia sukar untuk dikatakan.


"Dalam 22 pelumba adalah perkara biasa bahawa tidak semuanya akan bersetuju. Mungkin 15 setuju, yang lain mungkin tidak, atau sebaliknya.

"Saya fikir sehingga kita mempunyai sesuatu yang benar-benar ditandatangani dan benar-benar dilakukan adalah sukar. Mungkin sesetengah pelumba suka saingan pecutan, saya pasti, tetapi ramai yang tidak suka," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/12/1039183/bukan-semua-suka-perlumbaan-pecut-quartararo
Pages: [1]
View full version: Bukan semua suka perlumbaan pecut - Quartararo


ADVERTISEMENT