Raline Publish time 10-12-2023 06:51 PM

Watak Utama OKU Diangkat Dalam Telefilem Di RTM Sepanjang Disember Ini

Watak Utama OKU Diangkat Dalam Telefilem Di RTM Sepanjang Disember Ini

https://murai.my/wp-content/webp-express/webp-images/doc-root/wp-content/uploads/2023/12/Capture-29-750x387.jpg.webp
Kisah insan istimewa dijadikan watak utama menarik tumpuan pihak RTM berkongsikannya sepanjang bulan Disember ini.

Menerusi empat tajuk telefilem dipilih ini, jelas RTM terus memberikan penghargaan kepada seluruh penonton setia salurannya termasuklah komuniti OKU yang baru diraikan 3 Disember lalu dalam sambutan Hari OKU Sedunia.

TAJUK: BAHALOL / 10 DISEMBER 2023

https://murai.my/wp-content/webp-express/webp-images/doc-root/wp-content/uploads/2023/12/via-RTM.jpg.webp
Bahalol bukan bodoh. Dia seorang hamba Allah yang istimewa kerana terpilih memiliki autisme. Nama sebenarnya, Bilal, berusia lewat 30-an, tinggal di sebuah kampung nelayan di Mersing.

Kehidupan Bahalol berpusar di kampungnya dan terhad dalam kelaziman diantara pesanan-pesanan ibunya berserta rutinnya sebagai pembuat ikan masin.

Pesanan-pesanan ibunya menjadi panduan dan pedoman Bahalol dalam menjalani hidupnya. Sentiasa terpasak kemas dalam mindanya.

Pelakon: Sobri Anuar, Liza Othman, Wan Azli Wan Jusoh, Sani Sudin, Shazman Isaac, Maznah Ariffin, Shahrizan dan Zainorhisyam Samudin.

TAJUK: AYAHKU SUPARMAN / 17 DISEMBER 2023

https://murai.my/wp-content/webp-express/webp-images/doc-root/wp-content/uploads/2023/12/ayahkusuperman.jpg.webp
Mengisahkan Seorang Pemuda Yang Menjaga Ayahnya, Seorang Insan Istimewa Yang Suka Berkelakuan Seperti Superman.

Cabaran Bermula Apabila Ayahnya Terpaksa Di Hantar Ke Hospital Pesakit Mental.

Pelakon: Namron, Issey Fazlisham, Afifah Nasir, Shah Tapau, Ustaz Dato’ Asmawi, dan Man Raja Lawak.

TAJUK: YANG TERSEMBUNYI / 24 DISEMBER 2023

https://murai.my/wp-content/webp-express/webp-images/doc-root/wp-content/uploads/2023/12/aaaaaa.jpg.webp
Kisah seorang suami panas baran, sering mencederakan isteri serta anak perempuannya. Dalam masa yang sama Zhariff juga secara diam-diam mempunyai perempuan simpanan iaitu Nina.

Satu hari Zhariff dan Nina terlibat dalam kemalangan yang teruk hingga mengakibatkan sel otak Zhariff rosak.

Pelakon: Que Haidar, Fauziah Ahmad Daud, Sherry Merlis, Sharifah Amani, Hisham Ahmad Tajuddin, Riz Amin, Agurl dan Raja Mohammad.

TAJUK: RAUDHAH AUTISME / 31 DISEMBER

https://murai.my/wp-content/webp-express/webp-images/doc-root/wp-content/uploads/2023/12/Telefilem-Raudhah-Austisme-di-TV-Okey.jpg.webp
Kafe Latte Majeste menggaji beberapa remaja kurang upaya sebagai pekerja.

Zairul dan Luna adalah antara pekerja dengan sindrom autisme yang diambil bekerja di sana sebagai salah satu usaha tanggungjawab perkhidmatan komuniti mereka.

Usaha Yasmin, pengusaha kafe ini banyak mendapat perhatian dan pujian media dan masyarakat.di kafe, selain pekerja OKU, ianya turut dikendalikan oleh beberapa pekerja normal termasuk anak saudara Yasmin, iaitu Balqis.

Pelakon: Izy Reef, Dynas Mokhtar, Sharifah Sofea, Zamarul Hisham, Fairuz, Syainie Aida, Mhia Farhana dan Farah Ahmad.

Bersiaran menerusi Saluran Okey (Astro 146), setiap hari Ahad, pukul 2.30 petang, sepanjang bulan Disember ini, RTM menawarkan empat telefilem terbaik yang mengangkat golongan dimuliakan ini.

Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan tayangan drama dibintangi pelakon terkenal ini menerusi tajuk-tajuk seperti disertakan di bawah.

Sumber:https://murai.my/2023/194944/watak-utama-oku-diangkat-dalam-telefilem-di-rtm-sepanjang-disember-ini/

Pages: [1]
View full version: Watak Utama OKU Diangkat Dalam Telefilem Di RTM Sepanjang Disember Ini


ADVERTISEMENT