tari Publish time 10-12-2023 04:29 PM

LRA Sungai Linggi berbau, bekalan air di PD, Seremban terjejas

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/water_1702186990.jpg
FOTO HIASAN
Seremban: Beberapa kawasan di daerah Port Dickson dan Seremban mengalami masalah gangguan dan ketiadaan bekalan air berikutan terdapat masalah sumber air mentah berbau di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi.
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) dalam satu kenyataan memaklumkan pengeluaran air LRA itu terpaksa dihentikan untuk menepati piawaian kualiti air minum kebangsaan.
"Status setakat 10 pagi tadi, loji belum beroperasi kerana air mentah masih lagi berbau (2 TON). Bagi mengurangkan gangguan kepada para pengguna, SAINS telah menggerakkan bantuan bekalan air melalui lori tangki dan menempatkan tangki statik di kawasan yang terbabit," menurut kenyataan itu.
Kawasan terjejas ialah sebahagian kawasan Batu 6 Jalan Pantai, Batu 4 Jalan Pantai, Jalan Sua Betong, Air Port Dickson Kuning, Tampin Linggi sehingga sekitar kawasan pekan Port Dickson dan Lukut.
Turut terbabit dari Simpang Bukit Palong, Chuah, Bukit Pelandok sehingga Tanah Merah Site A, manakala di Seremban terbabit Rantau dan Jalan Sungai Gadut sehingga Taman Pinggiran Senawang.sumber
Pages: [1]
View full version: LRA Sungai Linggi berbau, bekalan air di PD, Seremban terjejas


ADVERTISEMENT