mattzzx Publish time 9-12-2023 06:11 PM

Radar utama ATM GM400 di Bintulu kawal sempadan

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/12/mathasan.jpeg
MOHAMAD Hasan bergambar kenangan bersama barisan pimpinan ATM sempena Majlis Graduasi MKN, MPAT dan MTAT 2023 di PUSPAHANAS, Putrajaya.




PUTRAJAYA: Radar Pertahanan Udara Jarak Jauh (GM400) yang akan ditempatkan di Bintulu, Sarawak kelak menjadi radar utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mengawal sempadan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perolehan radar berkapasiti tinggi itu akan memberi tambah nilai kepada urusan ATM mengawal sempadan daripada dicerobohi dan mengenal pasti apa jua masalah dihadapi di Laut China Selatan.

“Jadi radar ini akan kita letakkan di Bintulu dan dijadikan sebagai radar utama (ATM),” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis graduasi Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) 2023 di sini hari ini.

Semalam, Mohamad menyaksikan Majlis Menandatangani Surat Setuju Terima (LOA) antara Kementerian Pertahanan dan Syarikat Thales Group bagi Radar GM400 kepada Tentera Udara Diraja Malaysia.

Mengulas pertemuannya dengan rakan sejawatnya dari Perancis, Sebastian Lecornu semalam, beliau berkata, Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi mengadakan rundingan dua hala pertahanan dengan Perancis tahun hadapan.

“Rundingan dua hala itu akan memantapkan lagi diplomasi pertahanan kedua-dua negara. Banyak boleh dipelajari terutama dari segi teknologi kecanggihan aset terbaharu di mana kita boleh dapat belajar dan menghantar pegawai kita ke sana,” katanya.

Sementara itu, Mohamad turut menyeru pegawai ATM supaya meningkatkan ilmu pengetahuan dan mempersiapkan diri bagi mendepani pelbagai cabaran serta perubahan di dunia ketika ini.

“Diplomasi pertahanan amat penting pada masa ini dan masa hadapan, justeru kita perlu sentiasa memupuk persahabatan dan hubungan dengan rakan seperjuangan seperti dalam dan luar negara atas kepentingan strategik untuk negara kita,” katanya.

Terdahulu, majlis graduasi hari ini melibatkan seramai 273 orang pegawai ATM daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan, angkatan tentera luar negara serta pegawai tadbir dan diplomatik. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/12/radar-utama-atm-gm400-di-bintulu-kawal-sempadan/
Pages: [1]
View full version: Radar utama ATM GM400 di Bintulu kawal sempadan


ADVERTISEMENT