mattzzx Publish time 9-12-2023 04:48 PM

Isu pencen, Tok Mat minta veteran tentera bersabar

https://assets.bharian.com.my/images/articles/mathasana_1702110048.jpg
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan (depan tengah) bergambar pada majlis Graduasi MKN, MPAT dan MTAT 2023 di PUSPAHANAS, Putrajaya, hari ini. - Foto FB MINDEF

PUTRAJAYA: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersabar menunggu isu pencen mereka diselesaikan dalam kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Katanya, kerajaan tidak pernah meminggirkan isu berkenaan yang sudah lama berlarutan dan ia sedang diteliti oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan turut dimasukkan dalam kajian SSPA.

"Sabar sedikit masa lagi sebelum SSPA baharu diumumkan menjelang pertengahan tahun depan," katanya pada sidang media selepas Majlis Graduasi Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), di sini hari ini.

Menurutnya, jika masih ada yang tidak berpuas hati dengan isu pencen itu, pihak terbabit mempunyai hak jika mahu membawa perkara berkenaan ke mahkamah.



"Isu ini sedang dalam proses. Sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati, itu hak mereka dan terpulang sekiranya mahu bawa ke mahkamah. Bagi pihak kerajaan, penyelarasan pencen veteran ATM akan dirangkumkan dalam kajian skim gaji penjawat awam yang sedang diteliti JPA," katanya.

Mohamad berkata, apabila pelarasan gaji penjawat awam dibuat, skim pencen akan turut disemak bersama bagi anggota serta veteran ATM dan ia tidak dibuat secara berasingan.

"Kementerian telah pun memberikan input kepada JPA bagi melancarkan semakan saraan baharu ini untuk memastikannya dapat dinikmati semua veteran ATM," katanya.

"Pada masa ini, JPA sedang rancak mengenal pasti serta berunding dengan semua pemegang taruh bagi melancarkan semakan SSPA. Saya beri jaminan, sebaik SSPA diumumkan kelak, tidak akan ada pihak yang tertinggal," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/12/1187099/isu-pencen-tok-mat-minta-veteran-tentera-bersab
Pages: [1]
View full version: Isu pencen, Tok Mat minta veteran tentera bersabar


ADVERTISEMENT