Raline Publish time 9-12-2023 01:36 PM

Rahm gagal tahan ‘godaan’ LIV

Rahm gagal tahan ‘godaan’ LIV

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/12/GOLF.jpg
RAHM menjadi pemain golf pertama menerima tawaran kontrak paling tinggi selepas bersetuju untuk menyertai LIV Golf dan meninggalkan Jelajah PGA. - AFP


LONDON – Landskap golf tahun depan mungkin berubah selepas Juara Masters, Jon Rahm telah bersetuju untuk meninggalkan Jelajah PGA bagi menyertai LIV Golf yang dibiayai oleh Arab Saudi.

Difahamkan, Rahm telah bersetuju dengan tawaran kontrak lumayan dan kontrak lebih tiga tahun dengan nilai lebih daripada AS$400 juta hingga AS$600 juta sekali gus menjadi pemain golf pertama menerima tawaran paling tinggi setakat ini.

LIV Golf juga dikatakan sedang merekrut beberapa pemain Jelajah PGA yang lain untuk mengisi senarai pasukan Rahm pada tahun depan.

“Perkara telah banyak berubah dalam permainan golf sejak dua tahun lalu dan saya telah melihat pertumbuhan LIV Golf dan sebab itulah saya di sini.

“Keputusan ini dibuat atas banyak sebab terutama apa yang saya fikir terbaik. Saya sangat gembira kerana terdapat banyak perkara yang ditawarkan oleh LIV Golf yang sangat menarik. Tawaran kontrak itu sangat hebat,” kata Rahm.

Rahm adalah juara gelaran major kedua yang meninggalkan Jelajah PGA untuk LIV Golf pada kemuncak kerjayanya. Pada Ogos 2022, Cameron Smith dari Australia menandatangani kontrak dengan LIV Golf kira-kira enam minggu selepas dia merangkul kejuaraan utama pertamanya pada Kejohanan Terbuka ke-150 di St. Andrews Links di Scotland.

Sebagai rekod, Rahm, 29, telah memenangi 11 kali dalam Jelajah PGA dan mengumpul lebih daripada AS$51.5 juta (RM240.40 juta) dalam pendapatan semasa kerjayanya. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/12/09/rahm-gagal-tahan-godaan-liv/

Pages: [1]
View full version: Rahm gagal tahan ‘godaan’ LIV


ADVERTISEMENT